Wednesday, 19 December 2012

Trip to Kuantan & Telok Chempedak,Pahang With Family

Otw to Kuantan..Scenery..~

Suasana dari darat

suasana keliling Telok Chempedak

Kami tgah  mnjamah bubur Mcdonald
^-^


Ini gmbar Laut Telok Chempedak..Ombak..~
Kami tak blh mandi sbb skrg musim tengkujuh..huu..sdiyh..
Abglong tersayang..
Ustaz Syafiq <3

Fatihin dan aksinya..^^,

Nie la bubur Mcdonald nya..kenyang sngguh..:)


Thursday, 29 November 2012

Bicara hati hamba-Mu..:'(

Ya Allah...
tegarkanlah diriku..tetapkanlah hatiku..bantulah hamba-Mu ini untuk memperbaiki iman dalam diri ini..dalam menuju ke arah-Mu..
Aamiin..
:'(

Tuesday, 27 November 2012

Kisah nenek tua dan seeokor kucing - JUST SHARING2

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang,

ana nak kongsi ini cerita or kisah yang sangat~ menarik, so tafaddoluu bilqira'ah :) .....

gambar hiasan 

Kisah ini mengenai seorang wanita tua berasal dari Perak yang menunaikan haji.

Wanita ini, kerana sudah tua dan uzur, lutut pun lemah dan sentiasa sakit, menggunakan kerusi roda semasa tawaf dan saie. Dia mengupah petugas Arab menolaknya, tujuh kali pusingan tawaf dan tujuh kali berulang alik antara Bukit Safa dan Marwah.

Beliau menunaikan tawaf rukun dan saie saja. Yang sunat tak mampu kerana uzur. Lagi pun wangnya hanya cukup-cukup saja.

Namun, ada satu amalan mulia dimiliki Muslimah ini. Yakni mencontohi sunnah Nabi s.a.w., mengasihani dan menyayangi kucing di desanya.

Dia amat suka memelihara kucing. Di rumahnya banyak kucing. Dia melayan makan dan minum kucing. Dia pungut kucing yang dibuang orang, diberikan makan dan minum, dirawat dan dimandikan dengan sabun wangi.

Walaupun banyak kucing jalanan itu lemah, sakit, kurus kering atau lumpuh, tetap diambilnya untuk dirawat di rumahnya. Ada yang berkudis dan sakit serius. Pendeknya rumahnya menjadi pusat kucing kurap.

Maka terkenal lah rumahnya jadi pusat rawatan kucing. Mana-mana kucing yang mati dikuburkan di kebunnya. Demikian begitu kasih Muslimah ini kepada makhluk Allah yang lemah lembut itu.

Justeru, ada kucing-kucing peliharaannya manja, gemuk dan sihat, serta cantik-cantik belaka, berkat khidmatnya, yang ikhlas.

Tahun itu beliau berangkat, menunaikan haji dengan menggunakan perkhidmatan Tabung Haji. Gembira dan sayu nian kalbunya, kerana hajatnya untuk ke Tanah Suci, solat di Masjidilharam dan melihat Baitullah di depan mata sudah terkabul sudah.

Ingin di hatinya untuk tawaf banyak-banyak seperti orang muda dan sihat. Tetapi apakan daya, lututnya sakit manakala badan uzur. Setelah solat fardu sentiasalah beliau memanjatkan doa dan pertolongan Allah, agar hajatnya dimakbulkan.

Pada suatu hari, semasa hendak pergi solat di Masjidilharam dengan keadaan bertongkat, beliau terjumpa seekor kucing yang kurus, comot, lemah dan lapar.

Apabila kucing itu hendak bangun berjalan, ia jatuh berkali-kali. Kasihan nian wanita tua itu melihat makhluk Allah itu menderita dan sengsara di kota suci Makkah.

Lantas diambilnya kucing itu, diurutnya tubuhnya yang lemah itu. Dibelikan sebungkus nasi berlauk dan diberikan minum air zam-zam yang murni.

Dengan takdir Allah, kucing itu pulih dan sihat. Kucing itu telah menggesel kaki Muslimah tadi, lalu menjilat kedua-kedua tapak kakinya. Ajaib sungguh, kaki dan lututnya yang sakit tadi, tiba-tiba menjadi sihat dan kuat, seperti orang muda.

Muslimah tua tadi dapat tawaf sebanyak-banyaknya, ikut suka hatinya. Tertunailah hajat yang terbuku di hatinya selama ini, berkat menolong seekor kucing di Makkah yang mulia itu..

Setelah tawaf wida (selamat tinggal) dan menziarahi Masjid Nabawi, hajah yang solehah tadi berserta rombongannya bersiaplah untuk pulang ke Malaysia.

Sewaktu hendak menaiki tangga pesawat di Jeddah, Muslimah tua tadi terlopong melihat seekor kucing yang mirip kucing yang ditolongnya sewaktu di Makkah dulu.

Kucing itu duduk di sisi tangga pesawat itu sambil matanya merenung sayu padanya. Apabila Muslimah tadi sampai ke anak tangga teratas, kucing tadi ghaiblah daripada pandangannya.

Demikianlah ganjaran dan berkat orang yang mengasihi kucing, seperti Nabi kita s.a.w. mengasihinya di dunia ini, lebih-lebih besarlah pahala menunggunya di alam akhirat nanti. Amin

Sekadar perkongsian daripada orang lain.   :) SHARE ONLY


Min sohabi fi ,
Ahmadi Collage of Negeri Sembilan, Malaysia.


Saturday, 3 November 2012

Celebrate birthday with my fren..^__^






Alhamdulillah..sahabat2 tersayang hadiahkan buat kami..Ana dan Atiqah..^_^
Syukur ana dikurniakan sahabat yang menyayangi diri ini..Moga kamu semua sentiasa didalam jagaan Rab..dan dalam rahmatNya selalu.Moga ukhwah ini terus kekal hingga Jannah..Aamiin..:')
~QASAHAKKMASS~
-QurratuAisyahSyazwaniAinHedayahAtiqahKhalijahKinahMurniAyuSyifa'Syafiqah-




Saturday, 27 October 2012

:')

" JikA eNgkau mahukan kemesraan dengan Allah, maka engkau mesti garang terhadap dirimu...kalau engkau sudah merasakan manisnya berhubung dengan Allah,tahulah engkau bagaimana pahitnya berpisah dengannya"

Allahu akbar..:)

Sabda Nabi :

"Sesungguhnya Allah tiada melihat kepada rupa kamu dan amalan kamu, tetapi dia melihat kepada hati dan niat kamu."

Sunday, 14 October 2012

Wahai Penyejuk Mata.....

Wahai Penyejuk Mata sang insan...jadilah anak yang solehah..carilah keredhaan kedua ibu bapamu..maka kamu akan peroleh redha Allah yang kamu impikan..:)
belajar rajin2..usahakan kebaikan..moga dirimu menjadi titik pemula mencari kebenaran dan kebahagiaan sang insan..Kuatlah dengan ujian yang mendatang..disitu tergambar kekuatan dan keteguhan imanmu kepada-Nya..Jadilah diri sendiri..dan sentiasa memperbaiki diri kamu..jadilah insan muslimah yang tidak terpedaya dengan arus zaman..hari yang lepas..jadikan pengajaran buat dirimu..dan jangan ulangi kesalahan yang lalu..di hari yang mendatang..perbaharui lah niat kamu untuk menjadikan diri lebih baik dari sebelumnya..sentiasalah menjadi insan yang melakukan perubahan ke arah kebaikan dan menjauhi kemurkaan-Nya..Teguhlah hatimu wahai penyejuk mata..moga Allah membantumu dan mmberi kkuatan padamu di hari-harimu...<3

:')

Saturday, 13 October 2012

PESANAN UNTUK DIRI..^__^

Pesan pada diri..tabahkan hati..kuatkan semangat..pesan pada hati..kukuhkan iman, banyakkan zikrullah..pesan pada naluri, jangan mengeluh,jangan kecewa..teruskan perjuangan hingga ke akhirnya..InsyaAllah..

:')

SEJENAK BERSAMA SAHABAT RASULULLAH

Berkata Saidina Ali K.W :" Kelemahan adalah penyakit, kesabaran adalah keberanian, zuhud adalah kekayaan,wara' adalah perisai, dan sebaik-baik teman ialah yang mempunyai sifat redha."

ALLAHU AKBAR..!!

SEJENAK BERSAMA SERIKANDI ISLAM.:)

Pesan Saidatina Aisyah R.a,mafhumnya,:"Wanita solehah itu tidak mahu dipandang oleh lelaki dan tidak memandang kepada lelaki, dibibirnya tiada nama lelaki dan dibibir lelaki tiada namanya."

Waallahu a'lam..^__^

Wednesday, 22 August 2012

Tersenyumlah Wahai Hati Yang Bersedih. !:')

[PERTAMA VI] Sebelum Aku Terima Nikahnnya




Check List sblm nikah..berusaha kearah soleh/solehah..maka kita akan dpt yg soleh/solehah..perbaiki diri..dan kejar cinta-Nya..Maka Allah akan mmberikanmu insan yan turut mencintai-Nya...Sungguh Allah Maha Adil..:)

LEMBARAN HIDUP WANITA SOLEHAH

*Kau Wanita Muslimah Yang Aku Cari*



Muslimah solehah itu berbeza..
Kerana..
Sebelum kaki melangkah keluar pintu,
Dia bercermin penuh ras amalu…

Muslimah solehah itu berbeza..
Bukan Bimbang dipandang tidak menarik..
Tapi demi memastikan syari’at Allah dilaksana dgn baik..

Kepuasan diri bukan utama..
Kepuasan Allah itu kerisauannya..

Muslimah Solehah Itu berbeza..
Kerana..
Khidmat bakiti dan cintanya untuk suami..
Bukan kerana takutkan poligami..
Bukan bimbang cinta tak bersemi..
Tapi semata patuh pada suruhan ILAHI..
Demi Kasih dan Cinta kepada Nabi..
Muslimah Solehah itu berbeza..
Kerana..
Walau Jauh dia berada..
Walau setinggi mana jawatan digalasnya..
Tapi Jiwa dan Hatinya tetap pada keluarga..
Suami dan anak-anak gelanggang pahalanya..
Menyemai Sakinah dan Mawaddah..
Yang hadirnya Rahmah dan Barakah..
Rumah Tangga bahagia..
Syurganya di dunia..
Mencari…
Mencari dan terus mencari Cinta dan Redha Ilahi…

:: Mardatillahmujahidahfisabilillah ::

ALLAH MAHA PENGAMPUN

SubhanaAllah.....Sungguh Allah Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang..Jangan pernah berputus asa dan bersedih akan dosa-dosa terdahulu..tetapi..kembalilah pada jalan dengan bertaubat..sebenar2 taubat....InsyaAllah Allah mengampunkanmu dan mnerimamu..:')

:: mardatillahmujahadahfisabilillah ::

Saturday, 28 July 2012

Saling memaafkan :)

Aisyah R.a, meriwayatkan,: "Rasulullah s.a.w bukanlah orang yang keji dan Baginda tidak pernah berteriak-teriak di pasar. Baginda tidak pernah membalas keburukan dengan keburukan. Baginda selalu memaafkan dan bersikap lapang dada." - {Hadis Riwayat Tirmizi, Abu dawud dan Ahmad}

"sesungguhnya pada diri muhammad itu ikutan yang baik..."
>>Maka dengan itu..kita sebagai umatnya ..ikutilah baginda...sesunggunya..Baginda adalah contoh y baik untuk kita ikuti...bermaaf-maaf dan memaafilah antara satu sama lain...sesungguhnya itu lebih baik bagimu...<<

:))
_Mardhatillah_

Friday, 27 July 2012

Alhamdulillah...masuk hari ni...dah 7 hari kita umat Islam berpuasa..syukur...Lailatil Qadar..amat ku nanti-nantikan....insyaAllah...:)

Sunday, 22 July 2012

SUBHANAALLAH :')



~> Allah SANGAT MENCINTAI orang-orang yang selalu ingin MEMBAHAGIAKAN ORANG LAIN dengan APA YANG DIMILIKINYA..

Semakin seseorang itu BANYAK BERKORBAN untuk orang lain, semakin MULIALAH dia DI SISI ALLAH DAN MANUSIA..
♥♥

Saturday, 21 July 2012

Pelajari Lagu2 Allah(Tarannum) Hijaz,Bayati....



SALAM iHYA' RAMADHAN 1433H/2012


Pada hari ini 21 Jun 2012 bersamaan 1 Ramadhan 1433H....umat Islam mnyambut kedatangan Rahmat yang dikurniakan oleh Allah dan dibawa oleh bulan Ramadhan kepada Umat Islam.Maka bulan ini..adalah bulan Rahmat , Maghfirah , Nikmat , dan yang paling penting adalah Ibadah kita Umat Islam sebagai hamba Allah..mengabdikan diri kepada Allah..jgnlah hanya sekadar brpuasa brsahaja..tnpa ada ihya' dlm Ramadhan ini..marilah kita..mmperbanyakkan amal ibadah kita di dalam bulan yang penuh BARAKAH ini..kerana..belum tahu lagi..kita akan mnemui bulan y mulia ini pada kmudiannya..Allahu Akbar..

                                                                                                                         _ainzMardatillahHumaira'_

Sunday, 8 July 2012

Sesungguhnya perancangan Allah itu Maha Hebat...^_^


Sesungguhnya perancangan Allah itu Maha Hebat...Ber
sabarlah dlm stiap pkara..innaallaha ma'assobirin..insyaAllah...:))



ikhlas..redha..keampunan...ibubapa..Allah..:))

kawan2...sy ada smthng nk share bsama kawan2 smua....:))

kisahnya bgini...trdpt seorang insan y bgelar abglong kpd adik2nya..dan mrupakan anak sulung dlm kluarganya...dia juga merupakan kagat..pd suatu hari bliau tlh ditugaskan di suatu kem PLKN di semenanjung..stlh bberapa hari dia disana..tiba2..brlaku histeria di kem PLKN trsebut...alhamdulillah..dgn izin Allah..tlh dtg seorg ustz(dari luar) mmulihkan keadaan..setelah keadaan pserta PLKN pulih..dlm ksmpatan itu..dia pun btanya akn mslh y mnimpa dirinya juga...namun bgitu..ustaz itu bkata padanya..masalah kamu hanya satu sahaja..kamu mnta maaflah pada kdua ibu kamu...mgkn ada prkara y salah y kmu lakukan tnpa sengaja.atau adakalanya..ap y kamu lkukan itu tdk ikhlas...krana itulah..mslh itu mnimpa kpda kamu..stelah itu..ustaz(dari luar) trsebut mngurut kdua hujung jari kakinya..dia mrasakan teramat sakit skali..kmudiannya..dy mnelefon ibunya..lalu mmohon maaf kapanya ibunya..ibunya trdiam..krana..pd ibunya,,dia mrupakan ank y baik dan soleh..slalu mnyenangkn hati kluarga...walaubagaimanapun..ibunya..mmaafkan sgala salahnya..stlah itu..dgn izin Allah..tiba2...kaki kanannya y dirasakan sakit tdi..hilang serta merta..kmudian..dy mnelefon pula ayahnya dan bakata prkara y sama..ayahnya juga trut mmohon maaf ats sgala pkara..namun bgitu..stelah usai mnelefon ayhnya..dgn izin Allah..kaki kirinya..hanya bkurg sdikit shaja sakitnya....ustaz itu pun bkata.."itu mnandakan..masih ada lagi yang ayh kamu pndamkan dan tidak mluahkan...

HAKIKATNYA DISINI....DALAM APA JUA PERKARA KITA LAKUKAN..LBIH2 LAGI TRHADAP KDUA IBU BAPA KITA..KITA HNDAKLAH IKHLAS...DAN BERHATI-HATILAH DLM STIAP APA PRKARA Y KITA LAKUKAN...KRANA..KREDHAAN ALLAH ITU TERLETAK PADA KEREDHAAN IBU BAPA...KITA JUGA HNDAKLAH..MLEBIHKAN KLUARGA DLM STIAP HAL BRBNDING ORG LAIN...SLAGI KITA MASIH BNAFAS..SLAGI KDUA IBU BAPA KITA MASIH BNAFAS...POHONLAH KEAMPUNAN DARI MEREKA...SBLM TRLAMBAT....MARILAH..BERSAMA KITA MNGGAPAI REDHA KDUA IBU BAPA KITA...DEMI MNGGAPAI REDHA ILAHI...insyaAllah..aamiinn...

~mardhatillah....(^__^)!!

Saturday, 7 July 2012

OWNER blog..

salam ukhwah....:)))

kpada semua pmbaca blog ana...untuk hari ini..insyaAllah..lau ana ada masa..insyaAllah...ana akn bkongsi ilmu y lain dgn sahabat2 semua...insyaAllah....

mardatillah...^__^v~

22 Tanda Hari Kiamat Semakin Hampir



1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan).
2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan, buku, gambar, risalah atau filem.
3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.
4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.
5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.
6. Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.
7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.
8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.
9. Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.
10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.
11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).
12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.
13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.
14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.
15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,
16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.
17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.
18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.
19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.
20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.
21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).
22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah

TERGAMBARNYA AKHLAK DAN KEPERIBADIAN SESEORANG..







"Jika ingin tahu akhlak sebenar seseorang, lihatlah dia sewaktu dia sangat marah;
Jika ingin melihat kehebatan akhlaknya lihatlah dia sewaktu berurusan dengan orang yang mencerca & membencinya
Jika ingin lihat keadilan mindanya dan kebaikan pola pemikirannya, lihatlah cara dia berbincang dengan pandangan berbeza dengannya. " Ustaz Dr. Zaharuddin Abd Rahman

subhanaallah...maka pmbritahuan ini adalah salah satu kunci bagi umat islam untuk mperbaiki diri...slagi msih blum trlambat...insyaAllah...Aamiin... :)

Friday, 6 July 2012

Air yang jatuh dari bumbung RUMAH ORANG yang TIDAK SOLAT lebih HINA dari AIR KENCING ANJING HITAM..!!

 
بسم الله الرحمان الرحيم
 
 
 

Assalamualaikum warrahmatullahi wabarakatuh..sahabat2 yang dikasihi Allah yang sudi membaca blog ana..
Bacalah kisah ini..moga kita mengambil iktibar..Allahu..setelah baca kisah ini..Adakah sanggup untuk kita meninggalkan solat..??Allahu..lihatlah..betapa hinanya segala apa jua yang kita lakukan oleh kerana HANYA meninggalkan solat..INGATLAH..Solat Itu TIANG AGAMA..Jika lemah tiangnya..maka hancur binasa lah binaannya..Waallahu a'lam..
Assalamualaikum.....wa salam ukhwah ila sohibi...semoga kamu smua dlm keadaan baik2 saja..insyaAllah..=)
em..tjuan ana mnulis ini..ingn mmnta sdikit prtolongan dri saudara2 ana...ana mmohon saudara2..mndoakan ana brjaya dgn cmerlgnya dlm pperiksaan SMA pda thun ini..insyaAllah....sblm itu...ana ingin mmohon maaf kpd semua rakan2..jika ana ada bwt slh..trsalah kata...ana mnyusun spuluh jari..memohon ampun ats salah ana pada rakan2..ssngguhnya manusia itu tidak pernah lari dari mlakukan ksalahan dan tidak smpurna....akhir kata..semog akita smua dapat mnggapai redha-Nya ..insyaAllah....
Takbir!!Allahu akbar..!!

mardhatillah..insyaa Allah~

Sunday, 1 July 2012

Air Mata Yang Paling Berharga ...SUBHANAALLAH..<3 :)

Duhai MATA yang sedang MENANGIS…





Sungguh bertuah kau masih mampu menangis. Usah ditahan tangisan itu.

Luahkannya dengan rasa takut dan harap pada Tuhanmu.

Benar, tangisanmu itu tak mampu mengembalikan masa lalumu.
Jangan biarkan tangisan itu membibitkan kabus masa depanmu.
Anggaplah ia sebahagian daripada masa sekarangmu untuk
melonjakkan amal dan perubahan untuk hari esok.

Sesungguhnya tangisan kerana Allah s.w.t ketika gembira atau derita
ialah ubat mujarab mencari ketenangan hidup.

Dengarilah pesanan Rasulullah s.a.w dalam menyampaikan kalam Yang Esa,
“Aku haramkan neraka kepada mata yang selalu menangis
kerana takut kepada Allah...” (Riwayat Ahmad dan Al-Nasa’i)



ALmar'aah Assolihah..~ SUBHANAALLAH...<3 :)


WANITA SOLEHAH….
SENANTIASA TENANG JIWANYA
LANTARAN ITU SENTIASA MEMBESARKAN TUHAN DI DALAM SOLAT
DAN SUNNAH RASULULLAH JADI JALAN KEHIDUPANNYA
MENJADI AKHBAR DAN HIBURAN
JANJI-JANJI ALLAH JAMINAN KETENANGAN BUATNYA
SUMBER JIWANYA BEROLEH KEKUATAN
AGAR SABAR MENENTANG MUSIBAH

BERTEGUH MENJUNJUNG HUKUM HAKAM ALLAH

INILAH WANITA SOLEHAH
TIDAK MEMBIARKAN DIRI
MENJADI BUSAR PANAHAN SYAITAN
DIPERALATKAN UNTUK MENGUMPAN KAUM ADAM
MEMANDANGNYA....
MENYEJUKKAN MATA.....


Muslimah yang solehah itu umpama angin yang lalu, mereka hadir tanpa disedari, tetapi kehadiran mereka itu mendamaikan hati...^^


Tuesday, 12 June 2012

Perbaiki Hati Kita :)


Description: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg9855tg_m9wVbElIW86joOxktFmfNQybVyKVDm5nayIV5SbiBW8LG7NBrvcpshdywi2Zige6zWl_zDUDC5SdZ8_88hmNTVyGVmrE74mEd6TMFlQUHyWdRXFluQRjn_sgZli4YuA7S9Q9M/s320/images+%252861%2529.jpg


Pandangan mata selalu menipu
Pandangan akal selalu tersalah
Pandangan nafsu selalu melulu
Pandangan hati itu yang hakiki
Kalau hati itu bersih

Hati kalau terlalu bersih
Pandangannya kan menembusi hijab
Hati jika sudah bersih
Firasatnya tepat kehendak Allah
Tapi hati bila dikotori
Bisikannya bukan lagi kebenaran

Hati tempat jatuhnya pandangan Allah
Jasad lahir tumpuan manusia
Utamakanlah pandangan Allah
Daripada pandangan manusia..

 

Sunday, 18 March 2012

Aku sedang diperhatikan oleh Allah

 Kita perlu SENTIASA SEDAR bahawa kita sedang diperhatikan oleh Allah.

SENTIASA INGAT bahawa kita sedang diperhatikan oleh Allah.

Jangan lupa, leka, lalai bahawa kita sedang diperhatikan oleh Allah.

Ini adalah antara cara asas untuk mendapat kekuatan iman.
Ini juga antara cara agar lebih khusyuk dalam ibadah.
Ini juga antara cara agar dapat hindari maksiat.

LATIHlah hati supaya selalu berkata , “Aku sedang diperhatikan oleh Allah”.

“Aku sedang diperhatikan oleh Allah”.
“Aku sedang diperhatikan oleh Allah”.
“Aku sedang diperhatikan oleh Allah”.


Iman paling afdhal ialah apabila kamu mengetahui bahwa Allah selalu menyertaimu di mana pun kamu berada. (HR Ath-Thobari)