Tuesday, 26 April 2016

Ya Allah..Berikanlah kami petunjukMu..

Bismillahirrahmanirrahiim...Assolatu wassalamu'ala asyrafil anbiya iwal mursalin..wa 'ala alihi wasohbihi ajma'in..

Ya Allah..di petang hari yang hujan penuh rahmatMu ini Ya Allah..
ku memohon padaMu..berikanlah kami petunjukMu ke atas diri kami..apa yang menarik resah hati dan diri kami ini..hingga kami mnjadi tidak tenang..andai kerana dosa kami..tunjukkan kami akan salah kami..agar kami menjadi hambaMu yang bertaubat..serta lindungilah dosa kami dari dilihat manusia..ssngguhnya Engkau Maha Melindungi segala perkara 'aib..
kurniakanlah kepada kami ketenangan hati..ketenangan fikiran..kekuatan hati..kekuatan iman kami terhadapmu ya Allah..bantulah Kami..sesngguhnya tiada daya kami melainkan Engkau yang memberikannya kepada kami..moga kami mnjadi hambaMu yang sntiasa bersyukur..aamiin..in syaa Allah..

Monday, 25 April 2016

قال الحسن البصري يا ابن آدم إنما أنت أيام كلما ذهب بعضها ذهب بعضك ويوشك إذا ذهب البعض أن يذهب الكل وأنت تعلم، فاعمل

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
Isnin, 29 Rabiul Akhir 1437H
PENTINGNYA MENJAGA WAKTU DALAM HIDUP.
Banyak manusia di akhir zaman seperti sekarang ini, yang hidupnya menyia-nyiakan waktu dan umurnya dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah.
Kebanyakan manusia sekarang ini hanya mengisi waktunya dengan melakukan dosa dan maksiat, lalai dari ketaatan dan ibadah kepada Allah SWT, gemar melakukan hal yang sia-sia serta perkara yang melalaikan dari mengingat Allah SWT.
Padahal kita mengetahui bahawa kehidupan di dunia ini adalah kehidupan yang sangat singkat, tetapi kebanyakan kita lalai memanfaatkan waktu yang telah diberikan Allah SWT secara percuma.
Tazkirah hari ini, ingin membincangkan sedikit mengenai pentingnya menjaga waktu. Semoga dengan merenungkan hal yang demikian, kita dapat menjadi insan yang lebih baik dan tidak menjadi orang yang menyia-nyiakan waktu.
Adapun perkara yang perlu kita ketahui mengenai waktu tersebut dalam kehidupan seorang muslim adalah:
1. Bahawa Hidup Manusia Itu Seperti Hari-hari Yang di Gunakannya.
Imam Hasan Al-Bashri mengatakan:
يابن آدم إنما أنت أيام كلما ذهب يوم ذهب بعضك.
“Wahai manusia, sesungguhnya kalian hanyalah kumpulan dari hari-hari. Tatkala satu hari itu hilang, maka akan hilang pula sebahagian dirimu (umur dan nyawamu).” (Hilyatul Awliya’, 2/148).
2. Waktu Pasti Akan Berlalu, Maka Beramallah Untuk Bekalan Hidup di Akhirat Kelak.
Ja’far bin Sulaiman berkata bahawa dia mendengar Rabi’ah menasihati Sufyan Ats Tsauri:
إنما أنت أيام معدودة، فإذا ذهب يوم ذهب بعضك، ويوشك إذا ذهب البعض أن يذهب الكل وأنت تعلم، فاعمل.
“Sesungguhnya engkau adalah kumpulan hari. Jika satu hari berlalu, maka sebahagian dirimu juga akan hilang. Bahkan hampir-hampir sebahagian harimu berlalu, lalu hilanglah seluruh dirimu (baca: mati) sedangkan engkau mengetahuinya. Oleh kerana itu, beramallah (untuk bekal akhirat nanti).” (Kitab Shifatush Shofwah, 1/405).
3. Waktu Itu Bagaikan Pedang.
Imam Asy Syafi’i rahimahullah pernah mengatakan:
صحبت الصوفية فلم أستفد منهم سوى حرفين أحدهما قولهم الوقت سيف فإن لم تقطعه قطعك
“Aku pernah bersama dengan orang-orang sufi. Aku tidaklah mendapatkan pelajaran darinya selain dua perkara. Pertama, dia mengatakan bahawa waktu bagaikan pedang. Jika kamu tidak memotongnya (memanfaatkannya), maka dia akan memotongmu.”Jika Tidak Disibukkan dengan Kebaikan, Pasti akan Terjatuh pada Perkara yang Sia-sia.
Imam Asy Syafi’i berkata, “Kemudian orang sufi tersebut menyebutkan perkataan lain:
ونفسك إن أشغلتها بالحق وإلا اشتغلتك بالباطل.
Jika dirimu tidak disibukkan dengan hal-hal yang baik (haq), pasti akan disibukkan dengan hal-hal yang sia-sia (batil).”
(Kitab Al Jawabul Kafi, 109, Darul Kutub Al ‘Ilmiyah)
5. Waktu Berlalu Begitu Cepatnya.
Ibnu Qoyyim rahimahullah mengatakan: “Waktu manusia adalah umurnya yang sebenarnya. Waktu tersebut adalah waktu yang dimanfaatkan untuk mendapatkan kehidupan yang abadi, penuh kenikmatan dan terbebas dari kesempitan dan azab yang pedih.
Ketahuilah bahawa berlalunya waktu lebih cepat dari berjalannya awan (mendung). Barangsiapa yang waktunya hanya untuk ketaatan dan beribadah pada Allah SWT, maka itulah waktu dan umurnya yang sebenarnya.
Selain daripada itu tidak dinilai sebagai kehidupannya, namun ianya hanya di anggap seperti kehidupan binatang ternak.”
Allah SWT berfirman dalam al-Qur’an Surah Al-Araf, ayat 179:
وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرًا مِّنَ الْجِنِّ وَالْإِنسِ لَهُمْ قُلُوبٌ لَّا يَفْقَهُونَ بِهَا وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لَّا يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ آذَانٌ لَّا يَسْمَعُونَ بِهَا أُولَٰئِكَ كَالْأَنْعَامِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ أُولَٰئِكَ هُمُ الْغَافِلُونَ.
"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah SWT) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah SWT), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat AllahSWT). Mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai". (QS. Al-Araf : 179).
Ibnul Qoyyim mengatakan perkataan selanjutnya yang sangat menyentuh qolbu:
“Jika waktu hanya dihabiskan untuk hal-hal yang membuat lalai, untuk sekadar memperturutkan syahwat (hawa nafsu), berangan-angan dengan perkara yang batil, hanya dihabiskan dengan banyak tidur dan digunakan dalam kebatilan (perkara yang sia-sia), maka sungguh kematian lebih layak bagi dirinya" (Kitab Jawabul Kafi, 109).
Wahai saudaraku sekalian,
Janganlah Sia-siakan umurmu dan Waktu mudamu Selain untuk Mengingat Allah SWT serta melakukan perkara-perkara yang positif sebagai bekalan untuk kehidupan akhiratmu.
Sahabatku/Saudaraku...
Untuk ingatanmu & diriku jua,
Janganlah Sia-siakan Waktu untuk bersosial, facebook, membaca whatsApp, telegram, instagram serta perkara-perkara lain yang bersifat melalaikan hidupmu.
Ya Allah, mudahkanlah kami sebagai hambaMu untuk memanfaatkan waktu ini dalam ketaatan, dan dijauhkan kami dari perbuatan yang melalaian serta melakukan perkara dosa dan kemungkaran. Mudah-Mudahan taufik dan hidayahMu sentiasa mengiringi setiap langkah dan helaan nafas kami. Aamiinn Yaa Robbal 'Aalamiin !!!!!
Wallahu A'lam.
Panjang-panjangkan pada sahabat lain walau sepotong ayat walaupun hanya sekilas pandang….
Jazakumullahu khairanjaza’..
Doakan istiqamah serta Sehat wal Afiat.
Wassalam

Cukuplah hati dan air mataku dari mengalir tanpa dipinta..

Bismillahirrahmanirrahiim..

"Cukuplah hati dan air mataku dari mengalir tanpa dipinta.."

x kusangka..keluarnya ku hari ini ke kelas dari bilik..mengundang bermacam rasa dan mainan fikiran..kusangka diriku ni kuat untuk melaluinya..rupanya tidak.akan tetapi..BAIKNYA ALLAH yang memberi aku daya..kekuatan..dan semangat untuk terus berjalan..dgn mmudahkan segala urusanku..meski aku terlambat ke kelas..dan bas berlalu peri seusai aku turun..aku bedukacita dan xbermaya untuk berjalan..Allah hntar bantuanNya dengan SEGERA..mnghadirkan sahabat caturku yang bukan kebiasaan bagiku melihat dia di kk9..dia keluar dari gate KK9 dan berlalu..kemudian berpatah semula..mnumpangkan aku dengan kehendak Allah..Alhamdulillah..SubhanaAllah..terima kasih Ya Allah..kau selamatkan perjalanan pergi dan pulangku..moga Engkau menjadkan aku dikalangan hambaMu yang bersyukur dan beramal soleh...Kuatkan hati dan imanku Ya Allah..moga aq sntiasa dekat denganMu..sekarang..masih ada masa buatku untuk ke API..in syaa Allah..lagi 5 minit pukul 5..aq cuba Ya Allah..permudahkanlah urusanku Ya Allah..agar dengan ini..aku lebih dekat denganMu...

Sunday, 24 April 2016

Moga Redha Allah menjadi kebahagiaanku..إن شاء الله..:)

Ya Allah..jadikanlah kami dari kalangan hambaMu yang sentiasa berharap dan bertawakkal hanya padaMu...serta..
Jadikanlah kami hambaMu yang sentiasa berbahagia dan redha dengan takdir dan ketentuanMu buat kami...Agar kami menjadi hambaMu yang bersyukur dan bertaqwa..Aamiin....~


senyumlah walau x berdaya..kerana Allah ada..:')
فاذكروا الله كثيرا لعلكم تفلحون...