Thursday, 5 January 2017

Usaha itu pada kedua-duanya

Ramai yang kata usaha dalam perkahwinan itu hanya terletak pada lelaki sahaja..memang benar..nafkah..mahar..lelaki yang kena beri bukan wanita..Tetapi..apakah wanita hanya duduk diam..goyang kaki sahaja tanpa apa2 usaha?? Adakah yang akan berkahwin itu hanya lelaki sahaja..wanita tu tak ke?
Perkahwinan itu terdirinya dari pasangan lelaki dan perempuan. Kedua2 nya ingin berkahwin..maka kedua2 nya jugalah yng harus berusaha..bukan hnya lelaki yang mencari duit untuk persiapan mahupun untuk kehidupan sepanjang berumah tangga malah perempuan juga..sekurang2nya wanita itu tahu ada jaminan dalam rumah tangganya jika ada sesuatu yg tak diingini berlaku. seperti tidak mempunyai wang yang cukup dan lain2..(Ya Allah..cukupkanlah kami dengan pemberianMu,nikmatMu kepada kami dan jadikanlah kami hambaMu yang berasa syukur kepadaMu. Jauhkanlah kami dari berasa tidak cukup atas nikmat yang Kau berikan. Aamiin..).Begitu juga dalam rumah tangga Rasulullah SAW. Saidatina Khadijah memberikan segala harta yang dia ada untuk membantu suaminya. Didiklah bahtera yang akan dilayarkan dengan kerjasama dan saling melengkapkan serta membantu disamping disalutkannya dengan ketaqwaan dan kasih sayang..bagi melancarkan perjalanan ke jalan yang bahagia iaitu redha dan syurgaNya. In syaa Allah..

#UsahaDariHariIni
#JanganMain2Lagi
#IA

No comments:

Post a Comment