Monday, 12 June 2017

Resepi Ramadhan 1

Bulan2 ramadhan ni memang teringin lah nak makan kuih kegemaran kita..lagi2 duduk overseas ni...mula lah teringat kat kuih2 yg banyak dijual kat bazaar ramadhan tu..tapi..jarang pun beli..sebab kuih puan lagi sedap..dan dijamin bersih..☺

Nak mula dengan resepi kuih pelita lah..😍☺

Kuih Tepung Pelita Asli
Oleh: Azie Kitchen

Lapisan Hijau:
1/2 cawan tepung beras
Secubit kapur makan
2 cawan air daun pandan 

Cara cara: 
Kisar 4-5 helai daun pandan untuk dijadikan air daun pandan secukupnya. Campur kesemua bahan untuk lapisan hijau. Panaskan periuk pengukus sehingga airnya mendidih. 

Susun bekas daun pisang dalam periuk pengukus. Isikan satu sudu kecil gula ke dalam bekas kemudian baru dituangkan campuran tadi sebanyak 1/3 penuh. 


Kukus selama 15 minit. Setelah masak, tuangkan pula adunan lapisan atas di atasnya. 


Lapisan Santan
1/2 cawan tepung beras
2 1/2 cawan santan 
Secubit garam

Cara cara;
Satukan semua bahan di atas dan masak atas dapur sambil dikacau sehingga keluar wap. Tuang ke atas lapisan hijau tadi dan kukus dalam 10 minit. 

Nota;
Boleh juga jika mahu terus tuang lapisan santan tanpa perlu dimasak terlebih dahulu.

#Resepi dari blog sebelah..
#In syaa Allah menjadi..☺
#Selamat mencuba..

Bila ada seseorang sebut....😌
#DiamDoaSabarKuat

No comments:

Post a Comment