Ayat Ringkas Menghilangkan Sakit @ Pening Kepala
Ramai di antara kita sering sakit kepala ataupun pening
kepala. Kekadang tu, kita sendiri pun kurang pasti apakah punca sebenarnya.
Sekejap baik, lepas tu sakit balik. Mak ai.... Makin bertambahlah pening
dibuatnya.
Buat pengetahuan anda, ada dua kategori sakit kepala iaitu;
1. Berpunca dari
bahagian dalam kepala
2. Berpunca dari
bahagian badan yang lain
Sakit kepala yang berpunca dari dalam kepala amat jarang
berlaku. Kalau berlaku pun disebabkan oleh angin ahmar, edema otak dan tumor.
Sekiranya ia terjadi pada anda, sila dapatkan rawatan segera ya.
Manakala bagi sakit kepala jenis kedua, selalunya disebabkan
oleh ketegangan, migrain ataupun servikogenik.
Ringkasnya, sakit kepala akibat ketegangan lazimnya dialami
secara kerap. Adakalanya ia ringan dan adakalanya juga agak sederhana kuat di
kedua-dua belah kepala. Rasa macam ada sesuatu yang mencengkam di kepala.
Akibatnya, bahagian kepala akan tegang seolah-olah macam ada
sesuatu melilit serta menekan sekeliling kepala dengan kuat. Aduhh... memang
sakit.
Untuk migrain pula, pesakit biasanya pening kepala secara
berkala. Rasa sakitnya agak kuat serta berdenyut-denyut. Tapi, biasanya ia
hanya terasa pada sebelah bahagian kepala. Tak seperti sakit kepala yang
berpunca daripada ketegangan.
Akibatnya, penghidapnya mula hilang selera makan, loya
ataupun mengalami muntah-muntah.
Bagi pening kepala jenis servikogenik, ia berlaku akibat
ketegangan yang melibatkan otot skeletal. Ermmm, ia boleh juga dikaitkan dengan
migrain. Tapi ia agak sukar untuk didiagnosis.
Doa Sakit Kepala - Ayat 19 Surah Al-Waqiah
Baiklah, walau apapun jenis sakit kepala yang dialami, saya
ingin kongsikan satu doa ringkas tapi mujarab bagi mengatasinya. Sila rujuk
video di atas yang saya sertakan khas buat rakan-rakan yang beragama Islam.
Caranya;
- Letakkan tangan
kanan anda pada bahagian kepala yang sakit
- Baca ayat 19
Surah Al-Waqiah secara berterusan sampai hilang rasa sakit kepala anda
Mengikut pengalaman saya, tangan anda mungkin akan terasa
panas sedikit selepas beberapa ketika membacanya disebabkan bahang panas yang
keluar dari kepala.
Mudah-mudahan ia dapat mengatasi sakit kepala anda. Amiin.
No comments:
Post a Comment