Friday, 25 May 2018

Bagaimana Acuan Begitulah Jadinya

BAGAIMANA DIDIKAN SEORANG SUAMI TERHADAP ISTERINYA..BEGITULAH HASILNYA..

BAGAIMANA DIDIKAN SEORANG BAPA TERHADAP ANAK-ANAKNYA..BEGITULAH HASILNYA..

BAGAIMANA ACUANNYA,,BEGITULAH JADINYA..

Jangan salahkan isteri dan anak-anak jika mereka rosak..Kerana itulah didikanmu terhadap mereka..

Kerana itu..wahai para pemimpin keluarga bernama suami dan bapa..
didiklah isteri dan anak-anakmu untuk mendekati Allah..mengingat Allah..pimpinlah mereka..bukan mengarah mereka..semaikan dalam jiwa mereka untuk cinta Allah dan rasulNya...alunkan selalu zikir-zikir mengingati Allah dalam keluarga..hidupkan keluarga dengan sunnah Rasulullah...
Jadikan mereka takut kepada Allah..bukan pada makhlukNya..

Dan semuanya itu bermula atas dasar niat yang satu..
bernikah kerana Allah..kerana ingin mendapatkan redha dan rahmat Allah dalam pernikahan..kerana ingin mengamalkan sunnah-sunnah Rasulullah dalam berumahtangga..
In syaa Allah..semuanya akan dihitung sebagai sebuah pahala dalam tiap perkara yang dilakukan..

Dan ini juga adalah peringatan untuk ku..agar aku selalu perbetulkan niat..bahawa menikah itu bukan untuk berkasih sayang semata-mata..tapi yang paling utama adalah untuk beribadah kepada Allah..dan buat seperti yang nabi ajarkan dalam rumahtangga..Sungguh aku mahu pernikahan itu menjadi lubuk pahala kami suami isteri dan keluarga..yang mana kami sentiasa bersama-sama mendekatkan diri kepadaMu..dan sama-sama masuk ke syurgaMu..

Impianku adalah rumahtangga seperti rumahtangga rasulullah..isteri mendapat haknya..suami mendapat haknya..anak-anak mendapat haknya..iaitu..hak didikan agama..hak kasih sayang..hak keadilan..hak keharmonian..

walau aku bukanlah insan yang layak untuk bercakap soal agama..namun aku sedar..bahawa tanpa Allah dan rasulnya dalam kehidupan ini..tiada agama..maka kesesatan dan kehancuran..kebinasaan akan menghampiri dan memakan diri..Allahu..Na'udzubillahi min dzalik..
Ya Allah..jangan engkau jadikan kami hambaMu yang sesat dan menyesatkan..jangan Engkau biarkan kami menjauh dariMu..Dekatlah jiwa, hati dan diri kami kepadaMu..Kurniakanlah kami petunjuk, rahmat dan redhaMu..agar kami selalu menjadi hambaMu yang taat dan Kau redhai di dunia dan di akhirat. Aamiin..

Buat para lelaki..
Wanita lembut hatinya..lemah fiziknya..Andai kau didik wanita dengan kekerasan..kau akan memusnahkannya. dan andai kau membiarkannya..dia akan terus begitu..didiklah dengan HIKMAH sepertimana yang diajarkan rasulullah..nescaya dia akan jadi permata yang berharga buat suaminya dan ahli keluarganya.

Wednesday, 23 May 2018

Cara Hilangkan Sakit Senggugut Ringan

Wanita yang mengalami sengggut ringan digalakkan supaya membuat pemeriksaan awal kesihatan.

Ia bertujuan untuk memastikan gejala senggugut primer ini tidak disebabkan oleh masalah sistem reproduksi wanita seperti ensometriosis atau fibroid.
Cara untuk merawat senggugut ini termasuk:

#1 – Banyakkan berehat pada hari kemuncak

Bed rest atau berbaring pada hari pertama haid berlaku dapat membantu mengurangkan kegelisahan dan memberi ruang kerehatan pada tubuh untuk menjalankan fungsinya secara semulajadi.
Jangan takut jika ia berlaku buat kali pertama, ia petanda kita seorang yang subur.

#2 – Terapi Haba

Gunakan pad pemanas atau botol berisi air suam yang dituam atau diletakkan pada kawasan bawah perut yang terjejas.
Ia dikenalpasti  dapat membantu kelegaan otot rahim, mengurangkan penyempitan salur darah dan memperbaiki aliran darah ke uterus.

#3 – Ambil ubat ikut preskripsi doktor

Pengambilan sebarang ubat penahan sakit atau painkiller perlukan rujukan dan nasihat daripada doktor terlebih dahulu.
Ibuprofen atau aspirin boleh diambil untuk membantu mengurangkan sakit senggugut. Tetapi ibuprofen atau aspirin tidak boleh diambil jika kita ada komplikasi penyakit lain seperti masalah asma, sakit perut, sakit buah pinggang atau masalah hati.
Aspirin tidak digalakkan untuk diambil oleh individu di bawah umur 16 tahun. Boleh cuba ubat paracetamol, tetapi kajian menunjukkan ia tidak sebaik kesan ibuprofen dan aspirin untuk mengurangkan kesakitan.

#4 – Jangan abaikan sumber vitamin

Terdapat vitamin tertentu yang dikenalpasti dapat membantu mengatasi masalah senggugut. Antaranya ialah minyak ikan, kalsium & magnesium, vitamin B6, vitamin E dan Asid Gamma Linolenik (GLA).
Ambil vitamin-mineral ini sama ada dalam sumber diet harian atau lebih mudah lagi, dapatkan dalam bentuk set suplemen untuk senggugut.

#5 – Lakukan senaman

Senaman biasa atau ringan baik untuk mengurangkan fokus kita kepada kesakitan dan lebih penting untuk mengekalkan kecergasan fizikal.
Jangan risau, sakit ketika haid adalah hal biasa yang sepatutnya tidak menganggu tugasan harian. Cuma elakkan senaman atau kerja berat ketika waktu kemuncak buat sementara waktu sehingga sakit period hilang.

#6 – Rehatkan minda

Rasa sakit boleh mengganggu konsentrasi dan kadangkala membuat kita mudah rasa stress dan cepat marah.

Amalkan aktiviti yang boleh merehatkan minda dan mengurangkan ketegangan emosi dan mengawal mood seperti membaca, melihat pemandangan indah, berjalan dan sebagainya yang difikirkan sesuai.

#7 – Jaga Pemakanan

Elakkan makanan dan minuman yang boleh memburukkan lagi keadaan akibat kekejangan uterus ketika haid.
Terutamanya makanan tinggi lemak, bergaram, air minuman bergas, tinggi kafein dan alkohol. Banyakkan minum air kosong atau lebih baik lagi air suam, dapat membantu mengurangkan sakit senggugut.

#8 –  Terapi mandian

Mandi air suam lebih baik untuk mengurangkan sakit ketika haid. Ia membantu melegakan ketegangan otot, membantu rasa lebih rileks dan memperbaiki aliran darah ke bahagian pelvik atau bawah tubuh.

#9 – Teknik urutan

urutan ringan pada bahagian abdomen wanita boleh membantu melegakan saat-saat kesakitan akibat kontraksi otot sekitar uterus (rahim).
Kita orang Melayu suka menggunakan minyak panas berangin dengan teknik urutan lembut. Atau petua orang lama hanya guna minyak dengan campuran bawang merah yang telah ditumbuk, sangat mengujakan.
Kajian orang barat pula menyatakan bahawa penggunaan minyak essential mampu menurunkan tempoh kesakitan ketika period daripada 2.4 hari kepada 1.8 hari sahaja.

ilmu pengurusan kewangan

http://quranicgen.com/10-langkah-asas-menguruskan-kewangan-keluarga-1/
http://www.majalahlabur.com/kewangan/7-cara-ajar-pasangan-uruskan-kewangan/
http://www.pesonapengantin.my/atur-kewangan-rumah-tangga-dengan-8-cara-berkesan/
https://www.wanista.com/2013/19822/suami-isteri-tips-pengurusan-kewangan-bagi-pasangan-baru-berkahwin/
http://www.pandabaca.com/isteri-perlu-bijak-urus-wang/
http://kedaibaru.com/cara-menguruskan-kewangan-rumah-tangga/
https://www.aia.com.my/ms/what-matters/finance/financial-mistakes-newlyweds-make.html




















Tips Persiapan Selangkah Ke Alam Pernikahan


Keluarga
16 Tips Persiapan Selangkah Ke Alam Pernikahan

Oleh Marina    28 Apr 2017 

Setiap orang mengimpikan sebuah keluarga yang bahagia. Proses mewujudkan pernikahan yang diimpikan setiap pasangan bukanlah perkara mudah. Ia memerlukan usaha dan komitmen dari kedua belah pihak kerana masing-masing memiliki perbezaan karakter dan latar belakang.

Persiapan dari segala aspek perlu dilakukan agar perhubungan berjalan dengan lancar. Berikut adalah beberapa tips menuju pernikahan sebelum menikah agar beroleh mawaddah dan rahmah di dalamnya.
#1 – Pastikan Mendapat Restu Orang Tua

Ini adalah perkara utama yang perlu diambil berat. Kebanyakan pernikahan yang berlangsung tanpa restu orang tua akan berakhir dengan perpisahan kerana tidak beroleh keberkatan.
#2 – Berbincang Tentang Pernikahan Dengan Pasangan

Bincangkan mengenai matlamat pernikahan yang hendak dibina bersama dengan pasangan agar masing-masing mendapat kesepakatan, kerana perbezaan pendapat boleh mengeruhkan hubungan dan menjadi punca keretakan rumahtangga.
#3 – Buat Senarai Perancangan

Buat senarai mengenai apa-apa yang perlu dilakukan, mencari vendor pernikahan, tempat, upacara, biaya dan sebagainya. Peranan keluarga juga perlu dilibatkan untuk membincangkan mengenai waktu yang baik untuk mengadakan pernikahan.
#4 – Mendalami Ilmu Agama

Agama adalah ‘pemandu’ arah hidup seseorang. Oleh itu, penting untuk bersama dengan seseorang yang sama dari sudut akidahnya agar kita boleh melangkah ke arah yang sama juga.
#5 – Membuat Perancangan Kewangan

Masalah ekonomi kerap menjadi penyebab perceraian. Sebaiknya, buatlah persepakatan antara kita dan pasangan tentang ekonomi dan rancanglah sesuatu untuk masa depan.

Duit atau wang bukanlah segalanya, tetapi dengan perencanaan kewangan yang baik kita boleh menstabilkan kehidupan berrumahtangga kelak.
#6 – Pertemukan Dua Buah Keluarga

Pernikahan tidak hanya melibatkan dua orang, bahkan dua buah keluarga. Usahakan untuk mendekatkan kedua buah keluarga ini agar saling mengenali antara satu sama lain secara baik, supaya hubungan antara keluarga juga dapat terjalin dengan baik.
#7 – Terima Masa Lalu Pasangan

Kita pasti ingin pasangan menerima masa lalu kita, demikian juga kita harus berusaha menerima masa lalu pasangan, sekalipun hal tersebut kurang menyenangkan.
#8 – Pastikan Kesetiaan Masing-Masing

Jika sudah yakin untuk bernikah, ini bermakna masing-masing sudah meyakini kesetiaan pasangan melalui pelbagai ujian yang dilalui bersama sebelum pernikahan.
#9 – Sepakati Peranan Suami Dan Isteri Dalam Rumahtangga Kelak

Kesepakatan antara pasangan dalam menjalankan peranan masing-masing perlu diambil berat. Pastikan pandangan antara calon suami dan isteri sama agar perbezaan pandangan mengenai masalah peranan di rumah tidak menjadi penyebab suami isteri sering bertengkar.
#10 – Persiapkan Mental

Selain persiapan dari sudut fizikal, mental juga perlu dipersiapkan. Ini kerana, setelah menikah kelak tanggungjawab yang digalas juga akan berbeza, bukan hanya terhadap diri sendiri bahkan kepada suami, isteri atau anak.
#11 – Minta Bantuan Keluarga Atau Teman Untuk Menguruskan Persiapan Pernikahan

Tidak mungkin semua persiapan dapat dilakukan secara berdua sahaja. Sudah pasti kita memerlukan bantuan orang lain untuk menyokong persiapan tersebut, contohnya teman atau keluarga.
#12 – Perlu Komunikasi Secara Berterusan Dengan Pasangan

Adakalanya ketika sibuk mempersiapkan pernikahan, masing-masing jarang berkomunikasi dengan pasangannya.

Oleh itu, salah satu cara untuk membuatkan pasangan bahagia menjelang pernikahan ialah dengan menjaga komunikasi agar ia tetap terjalin dengan baik dan masing-masing mengetahui keadaan pasangan.
#13 – Bertoleransi Dan Buangkan Ego

Ego adalah perkara paling sukar untuk dikawal ketika berhubungan dengan orang lain. Hindarkan diri daripada menunjukkan ego secara berlebihan agar tidak merosakkan hubungan dengan pasangan menjelang pernikahan.
#14 – Perkuatkan Cinta Serta Komitmen

Tetaplah memelihara perasaan saling mencintai dan komitmen awal saat menjalinkan hubungan agar ia terus mekar hingga ke alam pernikahan dan selepasnya.
#15 – Membina Kepercayaan Dan Hormat Dengan Pasangan

Menjadi suami isteri bererti memiliki rasa saling mempercayai dan menghormati antara pasangan. Rasa percaya dan hormat menjadi landasan yang kuat untuk menjaga hubungan agar tetap mesra.
#16 – Katakan ‘Tidak!’ Pada Pihak Ketiga Dalam Perkahwinan Kelak

Pihak ketiga bukan hanya orang luar, tetapi mungkin pihak keluarga juga. Sepakati bersama bahawa semua persoalan rumahtangga akan diselesaikan berdua tanpa pihak ketiga yang akan mengeruhkan lagi hubungan suami isteri.

Semoga tips ini dapat menjadi panduan kepada bakal pasangan yang hendak melangkah ke alam rumahtangga. Juga, kepada mereka yang sudah melayari bahtera ini untuk mempertahankannya dari ‘ribut taufan’ yang tidak diduga.

Mudah-mudahan impian untuk memiliki sakinah, mawaddah dan rahmah dalam rumahtangga menjadi kenyataan. Wallahua’lam.

Tuesday, 22 May 2018

Hormon pengaruhi emosi wanita


Penurunan hormon estrogen yang mendadak selepas bersalin antara faktor yang menyumbang kepada kemurungan wanita 
Oleh NAJIBAH HASSAN

JANGAN mudah melenting atau cepat melatah andai wanita yang anda kenali sebagai seorang yang sabar atau periang boleh berubah emosinya secara tiba-tiba.
Perubahan ini mungkin menyebabkan mereka menjadi seorang yang begitu sensitif, mudah marah, cepat tersinggung atau sebagainya.
Tidak kira siapa pun wanita terbabit sama ada ibu, kakak, adik, isteri, teman wanita, bahkan yang bergelar nenek sekalipun boleh mengalami perubahan emosi seumpama ini.
Hakikatnya ialah bukan mudah menjadi seorang wanita. Namun, inilah yang harus dilalui oleh wanita dalam meniti setiap fasa kehidupan mereka.
Bermula dari peringkat bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa hinggalah mencecah ke usia emas, terlalu banyak perubahan fisiologi dan biologi yang harus dilalui oleh seseorang wanita.
Andai kurang persediaan dan pengetahuan mengenai setiap fasa perubahan ini, banyak masalah boleh timbul.
Masalah bukan saja dihadapi oleh wanita terbabit, malah kepada orang yang rapat dengan mereka.
Pakar perunding obstetrik dan ginekologi di sebuah hospital swasta di Kuantan, Dr. Suraya Arshad berkata, perubahan ini biasanya tidak disedari oleh ramai wanita.
Sebaliknya, ia lebih banyak dikesan oleh mereka yang hampir dengan wanita terutama pasangan mereka.
Menurut beliau, salah satu aspek yang mungkin tidak difahami oleh sebahagian besar wanita, mahupun mereka yang berada di sekelilingnya, ialah emosi seseorang wanita.
``Ini kerana emosi dan perasaan seseorang wanita banyak dipengaruhi oleh hormon yang terdapat dalam tubuhnya.
``Bagaimanapun, para penyelidik masih dalam kajian mencari punca mengapa wanita begitu mudah terdedah pada perubahan emosi,'' katanya.
Beliau tidak menafikan kurangnya pemahaman berhubung perubahan emosi wanita boleh menjadi salah satu faktor yang menyumbang kepada penceraian.
Dr. Suraya memberitahu, emosi wanita banyak dipengaruhi oleh hormon-hormon tubuh mereka.
Dua hormon utama yang terdapat dalam tubuh wanita ialah hormon estrogen dan progesteron.
``Kedua-dua hormon ini mempunyai kuasa dan pengaruh yang cukup besar dalam setiap fasa kehidupan seseorang wanita.
``Sekiranya berlaku ketidakseimbangan pada hormon-hormon ini, maka ia boleh menyebabkan perubahan terutama kepada mood wanita terbabit,'' katanya.
Hormon ini dihasilkan oleh kelenjar ovari. Penghasilannya dipengaruhi oleh sebahagian hormon yang dirembeskan oleh kelenjar pituitari dalam otak.
Peranan kedua-dua hormon ini bukan sekadar hanya mengatur pusingan haid seperti perubahan pada dinding rahim dan pengeluaran darah haid.
Pada masa yang sama hormon-hormon ini mempunyai kesan pada tisu-tisu tubuh. Ini termasuklah buah dada, tulang, pembuluh darah, jantung, saluran usus, pundi kencing dan kulit.
Dr. Suraya menjelaskan, ketidakseimbangan hormon-hormon estrogen dan progesteron boleh menyebabkan perubahan kepada wanita terbabit.
``Ini termasuklah perubahan tingkah laku atau emosi yang menyebabkan mereka menjadi seorang yang mudah sensitif, tertekan, mudah marah atau mengalami kemurungan,'' ujarnya.
Bagaimanapun, katanya, bukan semua wanita mesti melalui perubahan emosi.
Pusingan haid, kehamilan, keadaan selepas bersalin, ketidaksuburan dan menopaus boleh mengakibatkan perubahan mood yang menyebabkan seseorang wanita seolah-olah mengalami kemurungan.
Malah, para penyelidik turut mengesahkan bahawa hormon boleh mempengaruhi pengeluaran endorfin yang berfungsi mengawal emosi dan mood.
Tambah beliau, tiga fasa kehidupan yang menyebabkan wanita boleh mengalami perubahan ketara ialah:
- Fasa sebelum pusingan haid
- Fasa selepas melahirkan anak
- Fasa selepas menopaus (putus haid)
A. Fasa sebelum pusingan haid (Pre-menstrual syndrome - PMS)
Di seluruh dunia, berjuta-juta wanita menganggap apa yang berlaku setiap bulan umpama satu pusingan jam biologi.
Keletihan, mudah tersinggung, perut kembung, masalah jerawat dan sebagainya sering kali dikaitkan dengan pusingan haid.
Sehingga hari ini belum ada satu teori yang berjaya membuktikan mengapa wanita mengalami perubahan mood atau emosi setiap kali mereka hampir dengan fasa pusingan haid mereka.
Bagaimanapun, ia dikaitkan dengan perubahan hormon yang menimbulkan tindak balas abnormal.
Gejala PMS biasanya terjadi seminggu sebelum seseorang wanita mengalami pusingan haid.
Ia akan hilang beberapa hari selepas haid berlaku.
Gejala-gejala ini hanya sementara waktu dan tidak begitu mengganggu rutin harian seseorang wanita.
Ia merangkumi gangguan pada psikologi, perut, kulit, kandungan cecair pada badan dan lain-lain.
Ini termasuklah perubahan dari segi selera makan, kemaruk makan, jerawat, mood terganggu, gangguan tidur dan emosi terlalu sensitif.
B. Fasa selepas melahirkan anak
Fasa ini yang juga dikenali dalam istilah perubatan sebagai post partum depression (PPD) merupakan satu keadaan di mana wanita mengalami kemurungan selepas melahirkan anak.
Penurunan hormon estrogen yang mendadak selepas bersalin dikatakan faktor yang menyumbang kepada masalah seumpama ini.
Ketidakseimbangan hormon boleh berlaku kepada semua wanita, namun mereka yang tidak menanganinya dengan baik boleh mendapat psikosis.
PPD boleh terbahagi kepada tiga kategori:
- PPD baby blues. Seseorang wanita boleh termasuk dalam kategori ini sekiranya mereka mengalami perubahan emosi atau mood dalam tempoh dua minggu selepas melahirkan anak.
Bagaimanapun, bukan semua wanita yang melahirkan anak melalui fasa seperti ini. Wanita di Barat dikatakan lebih ramai mengalami fasa ini berbanding wanita Asia dengan anggaran sebanyak 80 peratus.
Biasanya wanita terbabit akan mengalami gejala seperti:
a. kesedihan
b. menangis lebih daripada biasa
c. lebih sensitif
d. mudah tersinggung
e. rasa berdebar-debar
Wanita yang mempunyai masalah dalam rumah tangga dan mengalami banyak komplikasi semasa hamil lebih terdedah kepada risiko ini.
Risiko ini meningkat sekiranya mereka pernah mempunyai sejarah PPD. Gejala yang dialami ini biasanya akan hilang selepas sepuluh hari.
- PPD kemurungan. Wanita yang dikategorikan dalam kumpulan ini mengalami gejala-gejala seperti:
a. Perasaan putus asa
b. Tidak boleh memberi tumpuan
c. Gangguan ingatan
d. Perasaan bersalah
e. Rutin harian seperti makan terganggu
Masalah ini kebiasaan dialami dalam tempoh sebulan selepas bersalin dan terus berlaku dalam tempoh beberapa bulan.
Mereka yang menghadapi masalah ini perlu diberi bantuan. Mereka memerlukan rawatan kaunseling, terapi psikiatri dan sokongan emosi ahli keluarga.
- PPD psikosis. Di kalangan masyarakat Melayu, PPD psikosis dikenali sebagai penyakit gila meroyan.
Individu terbabit mengalami gejala seperti pesakit mental.
Antara gejala-gejala yang dialami ialah:
a. Mendengar suara-suara halus
b. Tingkah laku yang pelik seperti gelak atau
bercakap seorang diri
c. Kekeliruan yang ketara
d. Sentiasa dalam keadaan ketakutan
e. Memiliki tenaga fizikal yang begitu kuat
f. Mengalami kesukaran untuk tidur
g. Keinginan untuk membunuh diri
Seperti juga PPD kemurungan, individu yang mengalami penyakit gila meroyan perlu menerima bantuan dan rawatan.
C. Fasa menopaus (putus haid)
Menopaus merupakan satu perubahan biologi yang normal apabila ovari wanita tidak lagi menghasilkan dua hormon wanita, estrogen dan progesteron.
Perlu difahami bahawa menopaus bukan sejenis penyakit. Ia adalah satu titik perubahan yang harus diterima secara positif oleh seseorang wanita, baik dari segi emosi mahupun fizikal.
Bagaimanapun, menopaus boleh menjadi salah satu punca utama kemurungan.
Menopaus boleh berlaku apabila seseorang wanita mencapai usia dalam lingkungan umur pertengahan 40-an hingga lewat 50-an.
Menopaus menyebabkan wanita mengalami perubahan hormon. Penghasilan hormon estrogen mula berkurangan dalam tempoh beberapa tahun sebelum menopaus.
Perubahan pada penghasilan hormon ini boleh menyebabkan seseorang wanita mengalami perubahan emosi seperti:
- kemurungan (bergantung kepada tahap keterukan)
- cepat marah
- mudah tersinggung
- sukar tidur
- rasa panas
- pelupa
- Sesetengahnya mengadu sentiasa rasa sedih atau sakit-sakit badan
- fikiran bercelaru
Bagi menangani masalah ini, wanita boleh mendapat rawatan terapi gantian hormon (HRT).
Menopaus mungkin dianggap oleh sebahagian besar wanita sebagai fasa yang terpaksa dihadapi apabila mereka melangkah usia tua, tetapi ia juga mempunyai banyak kebaikan.
Mereka kini bebas daripada belenggu pusingan haid pada setiap bulan. Wanita harus menerima menopaus sebagai satu titik permulaan kehidupan baru dalam hidup mereka.
- Alamat e-mel Kesihatan Mingguan