Wanita yang mengalami sengggut ringan digalakkan supaya membuat pemeriksaan awal kesihatan.
Ia
bertujuan untuk memastikan gejala senggugut primer ini tidak disebabkan
oleh masalah sistem reproduksi wanita seperti ensometriosis atau
fibroid.
Cara untuk merawat senggugut ini termasuk:
#1 – Banyakkan berehat pada hari kemuncak
Bed rest atau berbaring pada hari pertama haid berlaku dapat membantu mengurangkan kegelisahan dan memberi ruang kerehatan pada tubuh untuk menjalankan fungsinya secara semulajadi.Jangan takut jika ia berlaku buat kali pertama, ia petanda kita seorang yang subur.
#2 – Terapi Haba
Gunakan pad pemanas atau botol berisi air suam yang dituam atau diletakkan pada kawasan bawah perut yang terjejas.Ia dikenalpasti dapat membantu kelegaan otot rahim, mengurangkan penyempitan salur darah dan memperbaiki aliran darah ke uterus.
#3 – Ambil ubat ikut preskripsi doktor
Pengambilan sebarang ubat penahan sakit atau painkiller perlukan rujukan dan nasihat daripada doktor terlebih dahulu.
Ibuprofen
atau aspirin boleh diambil untuk membantu mengurangkan sakit senggugut.
Tetapi ibuprofen atau aspirin tidak boleh diambil jika kita ada
komplikasi penyakit lain seperti masalah asma, sakit perut, sakit buah pinggang atau masalah hati.
Aspirin
tidak digalakkan untuk diambil oleh individu di bawah umur 16 tahun.
Boleh cuba ubat paracetamol, tetapi kajian menunjukkan ia tidak sebaik
kesan ibuprofen dan aspirin untuk mengurangkan kesakitan.
#4 – Jangan abaikan sumber vitamin
Terdapat vitamin tertentu yang dikenalpasti dapat membantu mengatasi masalah senggugut. Antaranya ialah minyak ikan, kalsium & magnesium, vitamin B6, vitamin E dan Asid Gamma Linolenik (GLA).
Ambil
vitamin-mineral ini sama ada dalam sumber diet harian atau lebih mudah
lagi, dapatkan dalam bentuk set suplemen untuk senggugut.#5 – Lakukan senaman
Senaman
biasa atau ringan baik untuk mengurangkan fokus kita kepada kesakitan
dan lebih penting untuk mengekalkan kecergasan fizikal.
Jangan
risau, sakit ketika haid adalah hal biasa yang sepatutnya tidak
menganggu tugasan harian. Cuma elakkan senaman atau kerja berat ketika
waktu kemuncak buat sementara waktu sehingga sakit period hilang.#6 – Rehatkan minda
Rasa sakit boleh mengganggu konsentrasi dan kadangkala membuat kita mudah rasa stress dan cepat marah.
Amalkan
aktiviti yang boleh merehatkan minda dan mengurangkan ketegangan emosi
dan mengawal mood seperti membaca, melihat pemandangan indah, berjalan
dan sebagainya yang difikirkan sesuai.
#7 – Jaga Pemakanan
Elakkan makanan dan minuman yang boleh memburukkan lagi keadaan akibat kekejangan uterus ketika haid.
Terutamanya makanan tinggi lemak, bergaram, air minuman bergas, tinggi kafein dan alkohol. Banyakkan minum air kosong atau lebih baik lagi air suam, dapat membantu mengurangkan sakit senggugut.
#8 – Terapi mandian
Mandi
air suam lebih baik untuk mengurangkan sakit ketika haid. Ia membantu
melegakan ketegangan otot, membantu rasa lebih rileks dan memperbaiki
aliran darah ke bahagian pelvik atau bawah tubuh.
#9 – Teknik urutan
urutan
ringan pada bahagian abdomen wanita boleh membantu melegakan saat-saat
kesakitan akibat kontraksi otot sekitar uterus (rahim).
Kita orang
Melayu suka menggunakan minyak panas berangin dengan teknik urutan
lembut. Atau petua orang lama hanya guna minyak dengan campuran bawang
merah yang telah ditumbuk, sangat mengujakan.Kajian orang barat pula menyatakan bahawa penggunaan minyak essential mampu menurunkan tempoh kesakitan ketika period daripada 2.4 hari kepada 1.8 hari sahaja.
No comments:
Post a Comment