Keluarga
16 Tips Persiapan Selangkah Ke Alam Pernikahan
Oleh Marina • 28 Apr 2017
•
Setiap orang mengimpikan sebuah keluarga yang bahagia.
Proses mewujudkan pernikahan yang diimpikan setiap pasangan bukanlah perkara
mudah. Ia memerlukan usaha dan komitmen dari kedua belah pihak kerana
masing-masing memiliki perbezaan karakter dan latar belakang.
Persiapan dari segala aspek perlu dilakukan agar perhubungan
berjalan dengan lancar. Berikut adalah beberapa tips menuju pernikahan sebelum
menikah agar beroleh mawaddah dan rahmah di dalamnya.
#1 – Pastikan Mendapat Restu Orang Tua
Ini adalah perkara utama yang perlu diambil berat. Kebanyakan
pernikahan yang berlangsung tanpa restu orang tua akan berakhir dengan
perpisahan kerana tidak beroleh keberkatan.
#2 – Berbincang Tentang Pernikahan Dengan Pasangan
Bincangkan mengenai matlamat pernikahan yang hendak dibina
bersama dengan pasangan agar masing-masing mendapat kesepakatan, kerana
perbezaan pendapat boleh mengeruhkan hubungan dan menjadi punca keretakan
rumahtangga.
#3 – Buat Senarai Perancangan
Buat senarai mengenai apa-apa yang perlu dilakukan, mencari
vendor pernikahan, tempat, upacara, biaya dan sebagainya. Peranan keluarga juga
perlu dilibatkan untuk membincangkan mengenai waktu yang baik untuk mengadakan
pernikahan.
#4 – Mendalami Ilmu Agama
Agama adalah ‘pemandu’ arah hidup seseorang. Oleh itu,
penting untuk bersama dengan seseorang yang sama dari sudut akidahnya agar kita
boleh melangkah ke arah yang sama juga.
#5 – Membuat Perancangan Kewangan
Masalah ekonomi kerap menjadi penyebab perceraian.
Sebaiknya, buatlah persepakatan antara kita dan pasangan tentang ekonomi dan rancanglah
sesuatu untuk masa depan.
Duit atau wang bukanlah segalanya, tetapi dengan perencanaan
kewangan yang baik kita boleh menstabilkan kehidupan berrumahtangga kelak.
#6 – Pertemukan Dua Buah Keluarga
Pernikahan tidak hanya melibatkan dua orang, bahkan dua buah
keluarga. Usahakan untuk mendekatkan kedua buah keluarga ini agar saling
mengenali antara satu sama lain secara baik, supaya hubungan antara keluarga
juga dapat terjalin dengan baik.
#7 – Terima Masa Lalu Pasangan
Kita pasti ingin pasangan menerima masa lalu kita, demikian
juga kita harus berusaha menerima masa lalu pasangan, sekalipun hal tersebut
kurang menyenangkan.
#8 – Pastikan Kesetiaan Masing-Masing
Jika sudah yakin untuk bernikah, ini bermakna masing-masing
sudah meyakini kesetiaan pasangan melalui pelbagai ujian yang dilalui bersama
sebelum pernikahan.
#9 – Sepakati Peranan Suami Dan Isteri Dalam Rumahtangga
Kelak
Kesepakatan antara pasangan dalam menjalankan peranan
masing-masing perlu diambil berat. Pastikan pandangan antara calon suami dan
isteri sama agar perbezaan pandangan mengenai masalah peranan di rumah tidak
menjadi penyebab suami isteri sering bertengkar.
#10 – Persiapkan Mental
Selain persiapan dari sudut fizikal, mental juga perlu
dipersiapkan. Ini kerana, setelah menikah kelak tanggungjawab yang digalas juga
akan berbeza, bukan hanya terhadap diri sendiri bahkan kepada suami, isteri
atau anak.
#11 – Minta Bantuan Keluarga Atau Teman Untuk Menguruskan
Persiapan Pernikahan
Tidak mungkin semua persiapan dapat dilakukan secara berdua
sahaja. Sudah pasti kita memerlukan bantuan orang lain untuk menyokong
persiapan tersebut, contohnya teman atau keluarga.
#12 – Perlu Komunikasi Secara Berterusan Dengan Pasangan
Adakalanya ketika sibuk mempersiapkan pernikahan,
masing-masing jarang berkomunikasi dengan pasangannya.
Oleh itu, salah satu cara untuk membuatkan pasangan bahagia
menjelang pernikahan ialah dengan menjaga komunikasi agar ia tetap terjalin
dengan baik dan masing-masing mengetahui keadaan pasangan.
#13 – Bertoleransi Dan Buangkan Ego
Ego adalah perkara paling sukar untuk dikawal ketika
berhubungan dengan orang lain. Hindarkan diri daripada menunjukkan ego secara
berlebihan agar tidak merosakkan hubungan dengan pasangan menjelang pernikahan.
#14 – Perkuatkan Cinta Serta Komitmen
Tetaplah memelihara perasaan saling mencintai dan komitmen
awal saat menjalinkan hubungan agar ia terus mekar hingga ke alam pernikahan
dan selepasnya.
#15 – Membina Kepercayaan Dan Hormat Dengan Pasangan
Menjadi suami isteri bererti memiliki rasa saling
mempercayai dan menghormati antara pasangan. Rasa percaya dan hormat menjadi
landasan yang kuat untuk menjaga hubungan agar tetap mesra.
#16 – Katakan ‘Tidak!’ Pada Pihak Ketiga Dalam Perkahwinan
Kelak
Pihak ketiga bukan hanya orang luar, tetapi mungkin pihak
keluarga juga. Sepakati bersama bahawa semua persoalan rumahtangga akan
diselesaikan berdua tanpa pihak ketiga yang akan mengeruhkan lagi hubungan
suami isteri.
Semoga tips ini dapat menjadi panduan kepada bakal pasangan
yang hendak melangkah ke alam rumahtangga. Juga, kepada mereka yang sudah
melayari bahtera ini untuk mempertahankannya dari ‘ribut taufan’ yang tidak
diduga.
Mudah-mudahan impian untuk memiliki sakinah, mawaddah dan
rahmah dalam rumahtangga menjadi kenyataan. Wallahua’lam.
No comments:
Post a Comment