Ya Allah..permudahkanlah urusan kami..
Kekalkan kasih sayang antara kami..
Jagakanlah diri kami..
Aamiin...
DiamDoaSabarKuat
Saturday, 28 April 2018
Friday, 20 April 2018
Impian Kasihku...:')
Lama sungguh tak dengar lagu ni..
sebab rahsia ni dah pun bocor..jadi terpaksa ditukar..
KISAHNYA..
lagu ni, kukenalinya pada zaman sekolah dahulu..waktu tu..awal tingkatan 5..
dari dulu smpai sekarang..kalau dengar..rasa tenang campur sebak..:')
tajuknya pun.."Impian" kasih..
Lagu ni juga lah dulu memberiku inspirasi..
"Wanita..hiasan dunia.
seindah hiasan adalah wanita solehah.." :')
Allahu..wanita manakah yang tak mahu menjadi seperti ini..ia menjadi impian setiap wanita..:')
Namun, kerana aku wanita yang bengkok..pasti ada juga kurangku..
dan aku cuba untuk bangun setiap hari..agar tidak terus bengkok..tapi cuba lurus sedikit demi sedikit dari sebelumnya..
Adakalanya juga..saat diuji..bengkokan itu seolah2 hampir patah..
Kerana Allah sayang...:') aku diselamatkan..:') Lagi dan lagi....:')
Allahu...Fabi ayya ala irabbikuma tukazziban..?? :')
Binalah impian berpaksikan kerana Allah wahai Penyejuk Mata...
Saya kongsikan rasa dari lagu yang sangat menyentuh hati saya dari dulu smpai sekarang..lagu yang penuh memori..:')
Selamat Mendengar..^_^
VERSI AKUSTIK
sebab rahsia ni dah pun bocor..jadi terpaksa ditukar..
KISAHNYA..
lagu ni, kukenalinya pada zaman sekolah dahulu..waktu tu..awal tingkatan 5..
dari dulu smpai sekarang..kalau dengar..rasa tenang campur sebak..:')
tajuknya pun.."Impian" kasih..
Lagu ni juga lah dulu memberiku inspirasi..
"Wanita..hiasan dunia.
seindah hiasan adalah wanita solehah.." :')
Allahu..wanita manakah yang tak mahu menjadi seperti ini..ia menjadi impian setiap wanita..:')
Namun, kerana aku wanita yang bengkok..pasti ada juga kurangku..
dan aku cuba untuk bangun setiap hari..agar tidak terus bengkok..tapi cuba lurus sedikit demi sedikit dari sebelumnya..
Adakalanya juga..saat diuji..bengkokan itu seolah2 hampir patah..
Kerana Allah sayang...:') aku diselamatkan..:') Lagi dan lagi....:')
Allahu...Fabi ayya ala irabbikuma tukazziban..?? :')
Binalah impian berpaksikan kerana Allah wahai Penyejuk Mata...
Saya kongsikan rasa dari lagu yang sangat menyentuh hati saya dari dulu smpai sekarang..lagu yang penuh memori..:')
Selamat Mendengar..^_^
VERSI AKUSTIK
ORIGINAL VERSION OF IMPIAN KASIH BY INTEAM
Friday, 6 April 2018
1. Hak isteri dalam keluarga
a. Mendapat nafkah zahir dan batin daripada suami yang
secukupnya agar hubungan yang harmonis dapat diwujudkan dengan suasana
keseimbangan dan kesederhanaan.
b. Memperoleh perlindungan pakaian, tempat tinggal, jaminan
keselamatan daripada suami agar dapat melaksanakan amanahnya dengan sebaik-baik
mungkin.
c. Mendapat panduan nasihat yang baik daripada suami sebagai
ketua keluarga yang bertanggungjawab dan berjiwa kasih sayang.
e. Suami wajar mengasihi keluarga isteri kerana sikap bertimbang rasa dan saling memahami antara mentua dapat mengukuhkan hubungan kekeluargaan.
2. Hak suami dalam keluarga
a. Kepemimpinan dan kekuatan dalam rumah tangga yang
diletakkan atas bahu suami agar keluarga dapat dipimpin ke arah mendapat keredaan
Allah s.w.t.
b. Ketaatan dan kesetiaan isteri kepada suami selagi tidak
bertentangan dengan ajaran Islam. Jika suami mengingkari perintah Allah s.w.t.
maka isteri tidak perlu taat kepada suami.
c. Isteri juga bertanggungjawab merahsiakan kecacatan suami
kepada orang lain kerana suami adalah ketua keluarga yang menjadi model dalam
keluarga. Jika peribadi suami diperkecilkan maka kepemimpinan keluarga akan
terancam.
d. Layanan yang munasabah dan kasih sayang termasuk zahir
dan batin daripada isteri agar keseimbangan keperluan rohani dan jasmani
sentiasa dijaga.
e. Meminta keizinan daripada suami sebelum keluar rumah
kerana suami adalah ketua keluarga yang perlu mengetahui gerak-geri ahli
keluarganya sendiri agar kesetiaan dan kasih sayang sentiasa dipelihara.
Hak dan tanggungjawab bersama
1. Berhak menikmati kemanisan dan kebahagiaan hidup berumah
tangga.
2. Bertanggungjawab mengeratkan hubungan silaturrahim dengan
keluarga kedua-dua belah pihak.
3. Harta kedua-duanya boleh diwarisi oleh salah seorang
daripadanya apabila berlaku kematian.
4. Mendalami ilmu fardu ain.
5. Sering berbincang dalam segala hal untuk kebaikan
bersama.
6. Bersikap jujur dan menepati janji.
7. Saling bermaafan jika berlaku kesilapan dan saling
menasihati.
8. Sembahyang berjemaah digalakkan.
9. Bertawakal kepada Allah s.w.t. setelah berusaha untuk
mencapai kebahagiaan.
Tanggungjawab keibubapaan
1. Tanggungjawab ibu
bapa terhadap anak
a. Berdoa ke hadrat Allah s.w.t. agar dikurniakan anak yang
soleh sebaik sahaja bernikah.
b. Mengazankan anak lelaki dan menqamatkan anak perempuan
sebaik sahaja dilahirkan.
c. Memberi nama yang baik kepada anak.
d. Menyusukan anak sehingga berusia 2 tahun.
e. Menyediakan makanan, pakaian dan tempat tinggal yang
munasabah.
f. Mendidik anak supaya menjadi anak yang soleh dan beriman.
g. Memberi pendidikan yang sewajarnya.
h. Bersikap adil terhadap anak-anak.
i. Menguruskan perkahwinan mereka apabila sampai masa untuk
berkahwin.
2. Tanggungjawab anak terhadap ibu bapa
a. Mentaati ibu bapa dalam segala hal selagi tidak
bertentangan dengan ajaran Islam.
b. Menyahut seruan dan panggilan mereka dan segera hadir
apabila diperlukan.
c. Jangan meninggi suara apabila bercakap dengan
kedua-duanya.
d. Berdoa kepada mereka sama ada ketika hidup mahupun
sesudah meninggal dunia.
e. Melaksanakan wasiat yang ditinggalkan oleh ibu bapa.
f. Menyebut segala kebaikan ibu bapa dan melupakan segala
kesilapan dan kekurangannya.
g. Jadi anak yang membanggakan ibu dan bapa.
Resepi Popia Ummi
Popia cheese samosa
minyak zaitun
bawang besar dicincang
kentang dipotong dadu
garam
mozzarella cheese
mix herbs
telur ayam
.
- Panaskan kuali n masuk minyak zaitun. Tumiskan bawang besar dan masukkan kentang dan perisakan dgn garam dan mix herbs. Biarkan kentang lembut dan masukkan telur. Kacau sebati.
- Sejukkan sblm dibungkus dgn kulit popia. Letakkan mozzarella cheese n inti samosa, boleh digulung cantik.
- Bancuh sesudu tepung gandum dgn sedikit air utk dijadikan gam (utk lekatkan gulungan popia).
.
Popia sosej sayur
Minyak zaitun
bawang putih
garam
kobis
carrot
tauge
sosej
.
- Panaskan minyak zaitun. Tumis bawang putih.
- Masukkan sosej n sayur²an. Perisakan dgn garam.
- Sejukkan sblm dibungkus dgn kulit popia.
minyak zaitun
bawang besar dicincang
kentang dipotong dadu
garam
mozzarella cheese
mix herbs
telur ayam
.
- Panaskan kuali n masuk minyak zaitun. Tumiskan bawang besar dan masukkan kentang dan perisakan dgn garam dan mix herbs. Biarkan kentang lembut dan masukkan telur. Kacau sebati.
- Sejukkan sblm dibungkus dgn kulit popia. Letakkan mozzarella cheese n inti samosa, boleh digulung cantik.
- Bancuh sesudu tepung gandum dgn sedikit air utk dijadikan gam (utk lekatkan gulungan popia).
.
Popia sosej sayur
Minyak zaitun
bawang putih
garam
kobis
carrot
tauge
sosej
.
- Panaskan minyak zaitun. Tumis bawang putih.
- Masukkan sosej n sayur²an. Perisakan dgn garam.
- Sejukkan sblm dibungkus dgn kulit popia.
Thursday, 5 April 2018
Hak hak Isteri Dalam Perkahwinan
Ikatan perkahwinan adalah merupakan simpulan tanggungjawab
dan amanah besar yang perlu dipikul oleh kedua-dua pasangan, suami dan isteri.
Tanggungjawab suami adalah lebih berat daripada tanggungjawab isteri, meskipun
ramai yang menganggap isteri lebih banyak beban berbanding suami. Namun begitu,
hakikatnya di alam akhirat nanti suami mempunyai bebanan yang lebih berat lagi
untuk dilaksanakan, yang akan disoal oleh Allah SWT. Suami akan
dipertanggungjawabkan atas segala yang berlaku ke atas isteri dan keluarganya.
Islam telah menetapkan para suami bertanggungjawab dalam
memimpin rumahtangganya dan memenuhi hak-hak isterinya dan memerintahkan supaya
mereka berlaku baik terhadap isteri mereka sesuai dengan apa yang diajar oleh
Rasulullah SAW. Oleh itu, apabila hak-hak isteri tidak ditunaikan dengan baik
oleh suami sedangkan ia menyedari dan mampu melaksanakan hak-hak tersebut, maka
dia telah menderhakai Allah dan Rasul-Nya, juga menderhakai isterinya.
Umumnya, masyarakat kita hari ini jarang menghayati perkara
ini mengikut tuntutan syariat bahkan lebih cenderung untuk mengikuti tradisi
yang berlaku dalam masyarakat. Tatacara kehidupan di dalam rumahtangga
diperolehi daripada amalan tradisi masyarakat atau pengalaman yang diperolehi
daripada keluarga tanpa berpandukan kepada ketentuan Allah dan Rasul-Nya.
Sedangkan apa yang ditimba dan dijadikan ikuti dari kalangan masyarakat dan
keluarga kemungkinan besar jauh dari ketentuan Allah dan Rasul-Nya, sehingga
sering para suami sanggup dengan terang-terangan melakukan pelanggaran terhadap
hak-hak isteri dan menganggapnya suatu yang lumrah berlaku di dalam masyarakat.
Pada kedudukan sebagai seorang isteri, banyak amalan
masyarakat dan pengalaman keluarga yang merugikan hak-hak isteri sehingga
mereka tidak mampu untuk membela diri kerana budaya dalam masyarakat
menempatkan isteri pada kedudukan yang lemah. Justeru, untuk memberikan hak
kepada isteri dan menempatkan mereka sebagai hamba Allah yang sama dengan
lelaki dalam melaksanakan kewajipan yang telah disyariatkan, Islam telah menggariskan
hak- hak isteri yang wajib dipatuhi oleh suami.
Di dalam situasi ini para isteri hendaklah celik agama
dengan mengetahui dan memahami hak-hak mereka agar dapat mengesan perilaku
suami yang dikategorikan sebagai pelanggaran hak-hak isteri dan sekaligus juga
dapat membela diri sama ada di hadapan suami atau di mahkamah syariah.
PENGERTIAN HAK
Hak dari sudut bahasa ialah benar, kebenaran, kuasa atas
sesuatu atau untuk berbuat sesuatu dan ianya ditentukan oleh undang-undang,
agama, adat istiadat dan lain-lain. (Kamus Dewan. 2002. 428)
Menurut istilah; hak ialah sesuatu yang dapat dipunyai atau
dikuasai, baik yang berupa benda mahupun yang berupa wewenang dan kewajipan,
ialah sesuatu yang perlu diberikan, baik yang berupa benda mahupun yang berupa
perbuatan. (Syafii. 1995. 273)
Firman Allah SWT:
وَلَهُنَّ مِثْلُ الَّذِي عَلَيْهِنَّ بِالْمَعْرُوفِ
ۚ وَلِلرِّجَالِ عَلَيْهِنَّ دَرَجَةٌ ۗ وَاللَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ
Ertinya: “dan para wanita mempunyai hak yang seimbang dengan
kewajipannya menurut cara yang ma’ruf. Akan tetapi para suami mempunyai satu
tingkatan kelebihan daripada isterinya. Dan Allah maha perkasa lagi maha
bijaksana” (al-Baqarah: 228)
Terdapat beberapa hak yang wajib suami tunaikan ke atas
isteri berdasarkan nas al- Quran dan hadith Nabi antaranya hak mahar, hak
nafkah, hak mendapat hubungan komunikasi yang baik, hak mendapat bimbingan dan
tunjuk ajar, hak terhadap harta sepencarian, dan beberapa hak asasi wanita yang
akan disebut penulis di dalam kertas kerja ini antaranya hak wanita untuk bersuara,
hak untuk bekerja dan hak terhadap hartanya sendiri.
HAK-HAK YANG WAJIB DIBERIKAN KEPADA ISTERI
1- HAK MENDAPAT MAHAR
Mahar adalah suatu pemberian wajib dari suami kepada
isterinya dengan sebab berkahwin. Ia merupakan hak mutlak isteri. Banyak sedikitnya
mahar itu bergantung kepada kerelaan atau kemahuan isteri. Firman Allah:
وَآتُوا النِّسَاءَ صَدُقَاتِهِنَّ نِحْلَةً
ۚ فَإِنْ طِبْنَ لَكُمْ عَنْ شَيْءٍ مِنْهُ نَفْسًا فَكُلُوهُ هَنِيئًا مَرِيئًا
Ertinya: “berikanlah maskahwin (mahar) kepada wanita yang
kamu kahwini sebagai pemberian penuh kerelaan, kemudian jika mereka menyerahkan
kepadamu sebahagian dari maskahwin itu dengan senang hati, maka makanlah
(ambillah) pemberian itu sebagai makanan yang sedap lagi baik akibatnya”
(an-Nisa’:4)
Di dalam hadith Nabi s.a.w ini ada menerangkan beberapa
benda yang boleh dijadikan mahar, antaranya:
i- Mata wang, sebagaimana dalam hadith Nabi:
ii- Barangan seperti cincin, kasut, pakaian dan sebagainya
seperti yang diterangkan dalam hadith berikut:
iii- Pekerjaan seperti menghafal al-Quran, seperti yang
diterangkan dalam hadith berikut:
iv- Makanan atau bahan
v- Dengan memerdekakannya
Mahar merupakan hak mutlak isteri yang tidak boleh diambil
oleh suami sesuka hati melainkan dengan keredhaan dan keizinan isterinya.
Seorang suami boleh berhutang mahar kepada isterinya dengan syarat ianya wajib
dilunaskan kembali. Suami yang tidak mahu membayar mahar yang dihutang kepada
isterinya diancam Allah dengan ancaman yang sama dengan orang-orang yang
berhutang dengan niat tidak mahu melunasinya padahal mereka mampu untuk
membayarnya kembali.
Keadaan ini jelas merupakan penderhakaan terang-terangan
terhadap hak isteri, sekaligus menderhakai Allah. Biasanya suami menganggap bahawa
mahar itu tidak perlu lagi diberikan kepada isterinya kerana sudah menjadi satu
keluarga hingga menurut anggapannya tidak ada lagi perhitungan hutang piutang
bagi mereka yang telah mempunyai ikatan sebagi suami isteri.
Dalam situasi ini si isteri boleh menasihati dan
mengingatkan suami akan hutang maharnya serta ancaman Allah bagi perbuatannya.
Jika tidak diendahkan, isteri boleh meminta pertolongan dari pihak ke tiga
untuk menasihatinya. Jika tidak berhasil isteri boleh mengadu kepada mahkamah
untuk memaksa suami melunasi hutang maharnya. Namun begitu memaafkan dan
mengambil sikap berlapang dada adalah lebih dekat kepada taqwa.
Firman Allah:
وَإِنْ طَلَّقْتُمُوهُنَّ مِنْ قَبْلِ أَنْ
تَمَسُّوهُنَّ وَقَدْ فَرَضْتُمْ لَهُنَّ فَرِيضَةً فَنِصْفُ مَا فَرَضْتُمْ إِلَّا
أَنْ يَعْفُونَ أَوْ يَعْفُوَ الَّذِي بِيَدِهِ عُقْدَةُ النِّكَاحِ ۚ وَأَنْ تَعْفُوا
أَقْرَبُ لِلتَّقْوَىٰ ۚ وَلَا تَنْسَوُا الْفَضْلَ بَيْنَكُمْ ۚ إِنَّ اللَّهَ بِمَا
تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ
Ertinya: “jika kamu menceraikan isteri-isterimu sebelum kamu
bercampur dengan mereka padahal kamu telah menentukan maharnya, maka bayarlah
separuh dari mahar yang telah kamu tentukan itu, kecuali kalau isteri-isterimu
itu memaafkan atau dimaafkan oleh orang yang memegang ikatan nikah. Sikap maaf
itu lebih adalah lebih dekat pada taqwa. Dan janganlah melupakan keutamaan
antara sesama kamu. Sesungguhnya Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan”
(al-Baqarah:237)
2- NAFKAH – ZAHIR DAN BATIN
Nafkah menurut istilah ialah mengeluarkan belanja atau sara
hidup kepada mereka yang wajib atas seseorang itu untuk membiayainya. Biaya
yang dimaksudkan ialah semua hajat dan keperluan pelajaran, makanan, ibadat,
tempat tinggal dan sebagainya. (al-Syarbini.425). Hak nafkah yang wajib
diberikan kepada isteri boleh dibahagikan kepada dua jenis, nafkah zahir dan
nafkah batin.
a. NAFKAH ZAHIR
Sudah menjadi ketetapan agama bahawa suami wajib memberikan
belanja untuk makan, minum, pakaian dan tempat tinggal isteri sesuai dengan
kemampuannya.
Firman Allah s.w.t:
لِيُنْفِقْ ذُو سَعَةٍ مِنْ سَعَتِهِ ۖ
وَمَنْ قُدِرَ عَلَيْهِ رِزْقُهُ فَلْيُنْفِقْ مِمَّا آتَاهُ اللَّهُ ۚ لَا يُكَلِّفُ
اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا مَا آتَاهَا ۚ سَيَجْعَلُ اللَّهُ بَعْدَ عُسْرٍ يُسْرًا
Ertinya: ” hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut
kemampuannya. Dan orang yang disempitkan rezkinya hendaklah memberi nafkah dari
harta yang diberikan Allah kepadanya. Allah tidak memikulkan beban kepada
seseorang melainkan sekadar apa yang Allah berikan kepadanya”.(al-Talaq:7)
وَعَلَى الْمَوْلُودِ لَهُ رِزْقُهُنَّ
وَكِسْوَتُهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ ۚ لَا تُكَلَّفُ نَفْسٌ إِلَّا وُسْعَهَا
Ertinya: “dan kewajipan ayah memberi makan dan pakaian
kepada para ibu dengan cara yang makruf. Seseorang tidak dibebani melainkan
menurut kadar kesanggupannya”. (al-baqarah:233)
أَسْكِنُوهُنَّ مِنْ حَيْثُ سَكَنْتُمْ
مِنْ وُجْدِكُمْ وَلَا تُضَارُّوهُنَّ لِتُضَيِّقُوا عَلَيْهِنَّ ۚ وَإِنْ كُنَّ أُولَاتِ
حَمْلٍ فَأَنْفِقُوا عَلَيْهِنَّ حَتَّىٰ يَضَعْنَ حَمْلَهُنَّ ۚ فَإِنْ أَرْضَعْنَ
لَكُمْ فَآتُوهُنَّ أُجُورَهُنَّ ۖ وَأْتَمِرُوا بَيْنَكُمْ بِمَعْرُوفٍ ۖ وَإِنْ تَعَاسَرْتُمْ
فَسَتُرْضِعُ لَهُ أُخْرَىٰ
Ertinya: “tempatkanlah mereka (para isteri) di mana kamu
bertempat tinggal menurut kemampuanmu dan janganlah kamu menyusahkan mereka dan
menyempitkan hati mereka. Dan jika mereka (isteri-isteri yang sudah ditalaq)
itu sedang hamil maka berikanlah kepada mereka nafkahnya hingga mereka
bersalin” (al-talaq:6)
Sementara dalil-dalil dari sunnah pula:
عن معاوية القشيري قال: أتيت رسول االله
صلى االله عليه وسلم قال: فقلت:ما تقول في نسائنا؟ قال: أطعموهن مما تأكلون، واكسوهن
مما تكتسون ولا تضربوهن ولا تقبحوهن
Ertinya: dari Muawiyah al-Qusyairi, berkata: “saya datang
kepada Rasulullah s.a.w lalu saya bertanya, bagaimana pandanganmu Ya Rasulullah
tentang isteri-isteri kami? Sabdanya: “berilah mereka makan dari makanan yang
kamu makan, berilah mereka pakaian dari pakaian yang kamu pakai, janganlah kamu
pukul mereka dan jangan pula kamu buruk-burukkan mereka (H.R Abu Dawud)
Ayat-ayat dan hadith di atas menjelaskan bahawa setiap suami
bertanggungjawab memberi makanan, pakaian kepada isterinya sesuai dengan
kemampuannya. Suami tidak boleh memberi makanan dan pakaian kepada isterinya
lebih buruk daripada apa yang dimakan dan dipakai suaminya. Begitu juga kadar
makan dan pakai yang menjadi hak isteri diberikan mengikut kadar yang mampu
diberikan oleh suaminya.
Di dalam hal ini isteri tidak boleh meminta sesuatu yang di
luar kemampuan suaminya. Akan tetapi sekiranya suami mampu memberikannya lebih
tetapi tidak diberikan maka dalam situasi ini isteri dibenarkan mengambil harta
suaminya seperti sabda Rasulullah s.a.w:
عن عائشة رضي االله عنها قالت: جاءت هند
إلى النبي صلى االله علي وسلم فقالت: يا رسول االله، إن أبا سفيان رجل شحيح، لا يعطيني
ما يكفيني وولدي إلا ما أخذت من ماله وهو لا يعلم. فقال: خذي ما يكفيك وولدك بالمعروف
Ertinya: “dari aisyah r.a berkata: sesungguhnya Hindun
datang kepada rasulullah lalu berkata: “wahai Rasulullah< Abu Sufyan adalah
orang yang kikir dan tidak mahu memberikan kepadaku belanja yang cukup untukku
dan anakku, sehingga terpaksa aku ambil dari hartanya tanpa pengetahuannya”.
Lalu Baginda bersabda: “ambillah sekadar cukup untuk dirimu dan anakmu dengan
wajar”. (H.R Bukhary dan Muslim)
Hadith ini menegaskan bahawa Islam membenarkan bagi isteri
mengambil harta suaminya sekadar untuk keperluan dirinya dan anak-anak, jika
suaminya mempunyai harta yang cukup tetapi tidak memberikan haknya mengikut
kemampuannya. Jika suami yang bakhil di cela oleh agama dan dibenarkan bagi
isterinya mengambil tambahan dari harta suaminya tanpa pengetahuannya, maka
lebih berdosalah lagi suami yang tidak memberi nafkah isterinya. Sudah tentu
perbuatan itu tela melanggari hak isteri yang telah ditetapkan oleh syariat
islam.
Isteri boleh memberi peringatan terhadap suami yang
mengabaikan tanggungjawab memberi nafkah samada mahu memberi belanja atau
menceraikannya. Menurut Imam Syafie kadar nafkah makanan yang wajib itu adalah
mengikut keadaan suami. Maka jika suami itu orang kaya, nafkah isteri yang diwajibkan
ialah dua cupak makanan setiap hari, suami yang miskin satu cupak dan suami
yang sederhana satu cupak setengah.(Wahbah Zuhayliy.1985.798)
Menurut Imam an-Nawawi bahawa hak-hak yang wajib terhadap
isteri itu tujuh perkara iaitu;
i. Makanan.
ii. Bahan-bahan seperti rempah-ratus (bawang, minyak masak,
garam, gula, asam termasuk lauk-pauk dan sebagainya).
iii. Pembantu bagi isteri yang kebiasaannya mempunyai
pembantu.
iv. Pakaian.
v. Alat-alat pembersih badan dan pencuci pakaian, sikat dan
sebagainya.
vi. Perkakas-perkakas rumah seperti perkakas bilik air,
perkakas tidor dan sebagainya dan yang terakhir ialah tempat tinggal (rumah).
(an-Nawawi.450-461)
b. NAFKAH BATIN
Hendaklah mempergauli isteri itu dengan baik. Firman Allah:
نِسَاؤُكُمْ حَرْثٌ لَكُمْ فَأْتُوا حَرْثَكُمْ
أَنَّىٰ شِئْتُمْ ۖ وَقَدِّمُوا لِأَنْفُسِكُمْ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ وَاعْلَمُوا أَنَّكُمْ
مُلَاقُوهُ ۗ وَبَشِّرِ الْمُؤْمِنِينَ
Ertinya: isteri-isterimu adalah seperti tanah tempat kamu
bercucuk tanam, maka datangilah tanah tempat becucuk tanammu bagaimana saja
kamu kehendaki. Dan kerjakanlah amal yang baik untuk dirimu dan bertaqwalah
kepada Allah dan ketahuilah bahawa kamu kelak akan menemui- Nya. Dan berilah
khabar gembira orang-orang beriman. (al-Baqarah:223)
وَعَاشِرُوهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ
Ertinya: …”dan bergaullah dengan mereka dengan
sebaik-baiknya….”
Dalam Islam isteri boleh menolak hajat atau keinginan
suaminya untuk bersetubuh dengan syarat ia mestilah dalam keadaan darurat atau
keuzuran seperti semasa haid, nifas, sedang dalam ihram dan sebagainya.
Bagaimanapun pengertian mengenai darurat dan keuzuran bukan setakat itu, banyak
lagi perkara lain yang perlu difahami setiap suami. Misalnya jika isteri
mengalami masalah kesihatan yang menyebabkan isteri tidak berupaya melayan
kehendak seks suami, ia juga ditakrifkan sebagai darurat.
Begitu juga jika isteri berada dalam keletihan yang amat
sangat, penolakan berkenaan dirujuk kepada isteri yang dalam tertekan, runsing,
mengantuk yang teramat sangat dan keletihan yang amat sangat sehingga
meyebabkan isteri berkenaan tidak berkeupayaan melayani kehendak seks suaminya
dengan baik, ia juga dibolehkan. Lebih-lebih lagi bagi isteri yang bekerja,
tujuannya untuk membantu suaminya sendiri dalam soal kewangan.
Akan tetapi isteri perlu faham, jika mereka menolak hajat
suaminya, ia mestilah ditolak dengan cara yang baik dan mestilah dijelaskan
dengan sejelas dan sebaiknya sebab- sebab itu kepada suaminya, sehingga
suaminya boleh memahami dan bertolak ansur dengannya.
Terdapat juga sesetengah suami yang sanggup menggunakan
kekerasan atau paksaan ke atas isterinya untuk melakukan hubungan jenis demi
memuaskan nafsunya sendiri dengan menafikan terus hak isteri , walaupun isteri
berada dalam keadaan tidak bersedia dan sudah pun menolak hajatnya dengan baik.
Dalam keadaan seperti ini, jika suami tidak memahaminya, isteri boleh
membawanya ke mahkamah dan mahkamah pasti akan memberikan pertimbangan yang
sewajarnya.
Namun begitu pangertian nafkah batin bukanlah berkisar
perlakuan seksual semata- mata. Seks hanya salah satu cabang bagi maksud nafkah
batin. Selain seks berkongsi masalah, mendengar luahan isteri, menjaga hati dan
perasaan, berbual dan bermesra serta mendidik atau memberi didikan agama
terhadap isteri juga termasuk dalam definisi nafkah batin.
Jika tidak mampu
untuk mengajar, si suami hendaklah membawa isterinya ke kuliah-kuliah atau
kelas pengajian fardhu ain yang diadakan di masjid-masjid atau surau-surau.
3- KOMUNIKASI YANG BAIK
Membina komunikasi yang baik sesama suami isteri adalah
dituntut di dalam Islam. Suami harus berlaku adil kepada isteri, dan isteri
juga haruslah berlaku adil terhadap suami. Komunikasi yang baik terhadap isteri
termasuklah melayaninya dengan baik, lembah lembut, bertolak ansur sama ada
dalam hubungan fizikal atau mental.
Ini bersesuaian dengan sifat semula jadi
wanita yanglembut dan mudah terguris hatinya. Perkara ini jelas dinyatakan
dalam hadith Nabi s.a.w. Sabda Rasulullah s.a.w:
Dari Abu Hurairah r.a ia
berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: “pergaulilah kaum wanita itu dengan
pergaulan yang lemah lembut, kerana sesungguhnya kaum wanita itu dijadikan dari
tulang rusuk dan sesungguhnya tulang rusuk itulah yang sebengkok-benkoknya
ialah yang paling atas. Maka apabila engkau hendak meluruskannya, luruskannlah
dengan perlahan dan apabila tidak diluruskan, ia sentiasa bengkok
selama-lamanya. Oleh sebab itu pergaulilah wanita dengan pergaulan yang lemah
lembut”. (H.R Bukhari dan Muslim)
Hadis tersebut jelas menerangkan cara komunikasi yang
berkesan terhadap wanita.Perlakuan kasar kepada isteri mencakupi ucapan yang
menyakitkan atau tindakan yang menyakitkan fizikalnya. Bentuk tindakan yang
menyakitkan perasaan isteri misalnya mencari-cari kesilapan isteri,
mengkhianati isteri, menganggu ketenangan isteri malam hari misalnya dengan
pulang lewat malam dari berpoya- poya atau bermain atau bersembang-sembang di
luar hanya memenuhi seleranya sendiri tanpa memerhatikan kepentingan isteri.
Tindakan seperti ini dilarang oleh Rasulullah s.a.w, sabda Baginda : Ertinya:
dari Jabir: Nabi s.a.w melarang suami mengetuk pintu keluarganya pada malam
hari, melarang berkhianat kepada mereka atau mencari-cari kesalahan mereka.
(H.R Muslim)
Seorang suami yang baik akan sentiasa menghormati dan
melayani isteri dengan baik dan bersabar dengan tingkah laku isterinya yang
mungkin tidak disukainya. Firman Allah:
وَعَاشِرُوهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ ۚ فَإِنْ
كَرِهْتُمُوهُنَّ فَعَسَىٰ أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وَيَجْعَلَ اللَّهُ فِيهِ خَيْرًا
كَثِيرًا
Ertinya: …”dan bergaullah dengan mereka secara patut
(makruf), kemudian bila kamu tidak menyukai mereka (maka bersabarlah) kerana
mungkin kamu tidak menykai sesuatu padahal Allah menjadikan padanya kebaikan
yang banyak”
Jika suami tidak menyenangi salah satu sifat isterinya hal
tersebut tidak boleh dijadikan alasan untuk berlaku kasar kepada isterinya,
bahkan suami hendaklah berpandangan adil dengan melihat sifat-sifat isterinya
yang disenangi sehingga dapat mendorong dirinya untuk tidak berlaku kasar dalam
menghadapi perangai isterinya.
Dalam hal ini eloklah kita menghayati sebuah hadith yang
diriwayatkan bahawa seorang lelaki pergi ke rumah Amirul mukminin Umar
al-Khattab untuk mengadu kepadanya perihal isterinya. Maka dia berhenti di
hadapan pintu rumah Umar al- Khattab menunggu beliau keluar. Ketika itu lelaki
tersebut terdengar isteri Umar al- Khattab meleteri beliau dan Umar hanya
berdiam sahaja.
Melihat yang demikian pulanglah lelaki tersebut ke rumahnya
sambil berkata sendiri: “jikalaulah begitulah tindakan Umar terhadap isterinya
sedangkan umum mengetahui sikap Umar yang garang dan tegas, maka siapalah aku
ini.” Akan tetapi Umar ternampak lelaki ini melewati hadapan rumahnya dan
lantas memanggil lelaki tersebut bertanyakan gerangan apakah dia mencarinya.
Berkata lelaki tersebut: “wahai Amirul mukminin aku datang
ke rumahmu untuk mengadu perihal isteriku yang suka meleteriku, akan tetapi aku
terdengar isterimu juga meleterimu, sedangkan engkau seorang amirul mukminin.
Maka Umar al-Khattab menjawab: “wahai saudaraku, aku berdiam
ketika isteriku meleteriku kerana isteriku telah menunaikan segala haknya ke
atasku, dialah yang memasakkan untukku, membuat roti untukku, membasuh segala
bajuku dan menyusukan kesemua anak-anakku, sedangkkan kesemua itu bukanlah
perkara yang wajib dilakukannya. Apabila aku ingat kembali kesemuanya itu aku
tidak memarahinya kerana meleteriku.
Berkata lelaki itu: “begitu jugalah perihal isteriku”. Jawab
Umar: “ingatlah segala jasanya padamu, sesungguhnya keadaan itu hanyalah
sementara”. (Khalid Abdul Rahman al-cAk.1997.178).
Terdapat juga suami yang melakukan kekasaran kepada isteri
secara fizikal misalnya memukul isteri. Memukul isteri dibenarkan selama
pukulan itu bersifat pengajaran dan tidak menimbulkan rasa sakit yang
membahayakan diri isteri.
Hal ini disebutkan di dalam hadith berikut:
ولا تضربوهن ولا تقبحوهن
Ertinya: ” …dan janganlah kamu pukul mereka dan menghina
mereka”
Kerana itu walaupun suami bermaksud memberi pengajaran
kepada isteri namun dia tetap bertanggungjawab untuk melindungi keselamatan dan
keamanan isteri. Hal ini disebut di dalam firman Allah dalam surah an-Nisa ayat
19:
وَعَاشِرُوهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ ۚ فَإِنْ
كَرِهْتُمُوهُنَّ فَعَسَىٰ أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وَيَجْعَلَ اللَّهُ فِيهِ خَيْرًا
كَثِيرًا
Ertinya: …”dan bergaullah dengan mereka secara patut
(makruf),kemudian bila kamu tidak menyukai mereka (maka bersabarlah) kerana
mungkin kamu tidak menyukai sesuatu padahal Allah menjadikan padanya kebaikan
yang banyak”
Dalam hal ini jika suami gagal berkomunikasi dengan baik
terhadap isteri hingga membawa kepada masalah yang besar, isteri boleh
menasihati dan mengingatkan suami akan hak tersebut. Jika suami enggan berubah
isteri boleh meminta bantuan daripada orang tengah untuk menasihati suami agar
tidak berkasar dengan isteri.
Jika tidak berhasil isteri dapat mengadukan masalahnya ke
mahkamah syariah untuk mengambil tindakan tertentu kepada suaminya agar tidak
mengulangi kekasarannya terhadap isteri. Dalam hal ini isteri haruslah celik
agama dengan memahami dan menghayati segala hak yang telah diberikan Islam
kepadanya untuk menjamin maruah wanita Islam.
4- HAK MENDAPAT BIMBINGAN DAN TUNJUK AJAR
Isteri berhak menerima bimbingan dari suami dan tunjuk ajar
serta nasihat darinya samada dari sudut pendidikan agama, pergaulan sesama
saudara baik dari sebelah isteri mahupun suami, dengan jiran tetangga,cara
berpakaian, cara mengawal emosi dan sebagainya. Suami juga berhak mengajar
isteri cara mendidik anak dengan betul malah isteri dan anak-anak berhak
mendapat contoh akhlak yang terpuji dari suaminya sebagaimana hadith yang
diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a dari Nabi s.a.w:
Ertinya: ” Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari
akhirat maka janganlah menyakiti jiran tetangganya, dan hendaklah kamu berpesan
tentang berbuat baik terhadap perempuan kerana sesungguhnyaperempuan ini
dijadikan daripada tulang rusuk yang bengkok, sebengkok-bengkok tulang rusuk
itu yang atasnya, sekiranya engkau cuba membetulkannya ia akan patah dan jika
sekiranya engkau membiarkannya dia akan terus bengkok, oleh itu maka hendaklah
engkau sentiasa berpesan tentang berbuat baik kepada perempuan”.
Sabda Rasulullah SAW lagi:
Ertinya: Rasulullah s.a.w bersabda: ”setiap orang di antaramu
adalah pemimpin dan setiap orang akan dipertanggungjawabkan atas kepimpinannya,
seorang imam adalah pemimpin atas umatnya,dan dia bertanggungjawab atas
rakyatnya, seorang suami adalah pemimpin bagi keluarganya dan dia
bertanggungjawab ke atas isteri dan keluarganya…..(HR Ahmad, Abu Dawud dan
Tirmizi)
Begitu juga suami wajib memelihara isterinya dari segala
perkara yang boleh mencemarkan kehormatannya dan menjauhkannya dari
perbincangan yang tidak baik. Begitu juga dalam mendisiplinkan isteri, suami
berhak mendidik dan memberi tunjuk ajar yang baik kepada isteri.
Dalam sebuah hadith lain, sabda Rasulullah s.a.w:
Ertinya: Lelaki terbaik di antara kalian adalah orang yang
paling baik terhadap isterinya. Dan aku adalah orang yang paling baik terhadap
isteri.
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنْفُسَكُمْ
وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلَائِكَةٌ غِلَاظٌ
شِدَادٌ لَا يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ
Ertinya: “hai orang-orang yang beriman jagalah dirimu dan
keluargamu dari seksa api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu,
penjaganya malaikat-malaikat yang keras yang tidak menderhakai Allah atas
perintah-Nya dan selalu taat pada apa yang diperintahkan kepada mereka”
(at-Tahrim:6)
Ayat di atas jelas menunjukkan bahawa suami bertanggungjawab
menjaga ahli keluarganya termasuk isteri dari segala macam perbuatan dosa
ataupun syirik. Ia juga menegaskan hak isteri untuk dijauhkan dari perbuatan
dosa dan maksiat. Jika isteri nyata telah melakukan perbuatan dosa maka wajblah
suami mengambil tindakan.
Namun begitu terdapat juga suami yang mengajak isterinya
melakukan dosa dan maksiat, maka suami ini telah derhaka terhadap isterinya dan
terhadap Allah kerana tidak menjalankan tugasnya untuk mendidik dan menjauhkan
isteri dari perbuatan dosa.
5- HAK BEKERJA
Bekerja merupakan suatu yang telah disyariatkan islam untuk
memenuhi keperluan hidup seharian seperti makan, minum, pakai, tempat tinggal dan
untuk memberi nafkah bagi orang yang dibawah tanggungannya.
Dalam konteks
wanita bekerja menurut islam, hukum asal baginya adalah tidak perlu keluar
untuk bekerja, ini adalah kerana nafkahnya akan ditanggung oleh suami bagi yang
telah berumahtangga, manakala yang tidak berkahwin akan ditanggung oleh bapa
atau wali dibawahnya1.
Ini merupakan satu anugerah besar yang diberikan dalam Islam
untuk kaum wanita dimana mereka tidak perlu bersusah payah, bertungkus lumus
memcari rezki untuk orang lain. Akan tetapi di sana terdapat beberapa situasi
yang membenarkan wanita untuk keluar bekerja, antaranya jika keadaan terdesak
yang memerlukan mereka keluar sepertimana yang berlaku ke atas kedua anak
perempuan Nabi Allah syuaib a.s.
Firman Allah:
وَلَمَّا وَرَدَ مَاءَ مَدْيَنَ وَجَدَ
عَلَيْهِ أُمَّةً مِنَ النَّاسِ يَسْقُونَ وَوَجَدَ مِنْ دُونِهِمُ امْرَأَتَيْنِ تَذُودَانِ
ۖ قَالَ مَا خَطْبُكُمَا ۖ قَالَتَا لَا نَسْقِي حَتَّىٰ يُصْدِرَ الرِّعَاءُ ۖ وَأَبُونَا
شَيْخٌ كَبِيرٌ﴿٢٣﴾ فَسَقَىٰ لَهُمَا ثُمَّ تَوَلَّىٰ إِلَى الظِّلِّ فَقَالَ رَبِّ
إِنِّي لِمَا أَنْزَلْتَ إِلَيَّ مِنْ خَيْرٍ فَقِيرٌ
Ertinya: “dan tatkala ia sampai di sumber air negeri madya
ia menjumpai di sana sekumpulan orang yang sedang meminumkan ternaknya, dan ia
menjumpai di belakang orang banyak itu dua orang wanita yang sedang menghambat
ternakannya. Musa berkata: “apakah maksudmu dengan berbuat begit?”kedua wanita
itu menjawab: “kami tidak dapat meminumkan ternakan kami sebelum
pengembala-pengembala itu memulangkan ternaknya sedangkan bapa kami adalah
orang tua yang lanjut umurnya”. Maka Musa memberi minnum ternak itu untuk menolong
mereka berdua, kemudian dia kembali di tempat yang teduh lalu berdoa: “ya
Ttuhanku sesungguhnya aku sangat memerlukan suatu kebaikan yang Engkau turunkan
padaku”. (al-Qasas: 23-24)
Menurut Imam al-Alusi di dalam tafsirnya, ayat berikut
menjelaskan bahawa Nabi Syu’aib telah mengizinkan kedua anak perempuannya
keluar dari rumah untuk memberi minuman pada ternakan mereka memandangkan
keadaan bapa mereka dalam keuzuran dan atas sebab daruratlah Nabi Syu’aib
mengizinkannya.(al-Aluusi.59-60)
Begitu juga dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam
Bukhari mengenai Asma’ binti Abu Bakar yang membantu suaminya, Zubair bin Awwam
dalam menguruskan segala kerja suaminya seperti mengurus kudanya, menumbuk
biji-bijian untuk dimasak, dan membawa biji-bijian di atas kepalanya dari kebun
yang terletak jauh dari rumahnya.
Jika dinilai kisah Asmak binti Abu Bakar ini dimana beliau
membawa hasil tanaman jauh dari rumahnya dan perlakuan beliau dilihat sendiri
oleh Rasulullah s.a.w dan baginda tidak berkata apa-apa bukti menunjukkan
keharusan wanita keluar untuk bekerja.
Di dalam hal ini Zubair ketika itu
sedang sibuk berjihad untuk mengembangkan syiar Islam dan beliau tidak mampu
mengupah pembantu untuk melakukan kerjanya. Dan dari satu sudut dapat dilihat
bahawa Asmak walaupun bekerja dia tidak pernah mengabaikan urusan-urusan
rumahtangga seperti yang diriwayatkan oleh Muslim didalam hadis yang sama .
(آنت أخدم الزبير خدمة البيت)
Dan di dalam hal ini juga zubair telah memberi keizinan kepada isterinya untuk
keluar bekerja.
Dalam menongkah arus kehidupan di era ini yang serba
kompleks serta menuntut kepada banyak tuntutan kehidupan yang segalanya perlu
dibayar dengan wang ringgit.
Oleh yang demikian kerjasama antara suami isteri
amatlah digalakkan demi menjamin kehidupan yang berkualiti. Kerjasama isteri
dalam menjana ekonomi rumahtangga demi membantu suami merupakan lumrah
kehidupan masa kini.
Dan ia merupakan suatu desakan hidup memandangkan taraf
kehidupan pada masa kini yang semakin meningkat, dengan urusan persekolahan anak-anak,
hutang rumah, kereta dan segala macam lagi bil-bil yang perlu dilunaskan
menuntut isteri keluar bekerja untuk membantu meringankan beban suami.
Akan
tetapi, suami hendaklah mendapat persetujuan dari pihak isteri untuk
membantunya.
Daripada pembincangan di atas jelas menunjukkan bahawa dalam
situasi tersebut diharuskan wanita keluar bekerja asal sahaja mereka dapat
mematuhi peraturan- peraturan berikut:
situasi yang
mendesak wanita keluar bekerja
niat untuk
mendapatkan rezki yang halal dan mendapat keredhaan Allah
mendapat keizinan
suami atau wali
Janganlah
pekerjaan atau tugasnya itu mengabaikan kewajipan-kewajipan lain
yang tidak boleh
diabaikan seperti kewajipan terhadap suami dan ank-anaknya
yang merupakan
kewajipan pertama dan tugas utamanya.
pekerjaan itu
tidak bertentangan dengan syarak.
Menutup aurat dan
memenuhi adab wanita muslimah ketika keluar rumah, dalam
berpakaian,
berjalan, berbicara, dan melakukan gerak-geri
Mengimbangi antara
tugas di rumah dan di tempat kerja
Setelah membicarakan hak bekerja bagi isteri dan
keharusannya untuk keluar bekerja untuk membantu meringankan beban suami, maka
tidak wajarlah bagi suami melimpahkan tanggungjawabnya kepada isteri seperti
tidak mahu lagi memikul beban keluarga baik dalam urusan memimpin mahupun
membelanjai keluarga.
Ia menjadikan suami lelaki yang tidak bertanggungjawab,
dengan menyuruh isterinya bekerja mencari nafkah, mengurus pendidikan anak,
mengatur rumahtangga sekaligus juga melayani dirinya.
Suami sebegini telah melanggar ketetapan yang telah
digariskan Allah dan Rasul-Nya.
Rasulullah s.a.w pernah menyampaikan peringatan
bahawa satu kaum, termasuk di dalamnya suami, tidak akan memperoleh kejayaan
bila menjadikan wanita, termasuk di dalamnya isteri sebagai pemimpin. Sabda
Rasulullah s.a.w:
عن أبي بكرة قال: قال رسول االله صلى االله
عليه وسلم: لن يفلح قوم ولوا أمرهم امرأة
Dari Abu Bakrah bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:”suatu kaum
tidak akan beruntung kerana mereka menyerahkan urusan-urusan mereka kepada
wanita”. (H.R Bukhary, Tarmizi dan Nasa’i)
Jika seorang isteri yang suaminya membebaninya untuk
memimpin rumahtangga dan memikul tanggungjawab mencari nafkah bagi keluarganya
hendaklah mengambil langkah-langkah berikut, antaranya mengingatkan dan
menasihati suaminya agar menyedari fungsinya sebagai pemimpin dan pencari
nafkah bagi keluarganya.
Jika tidak minta bantuan orang ketiga untuk
menasihatinya akan tanggungjawabnya memimpin dan memikul beban keluarga. Jika tidak
berjaya minta bantuan mahkamah syariah untuk menasihatinya dan jalan yang
terakhir jika suami tidak mengendahkannya adalah dengan memohon cerai yang
dipandang sebagai jalan terakhir dan terbaik untuk dirinya dan anak-anak.
6- HAK BERSUARA
Kebebasan bersuara bermaksud seseorang mumpunyai hak untuk
menyuarakan pendapatnya dalam apa jua perkara samada umum atau khusus dan
samada pendapat itu bersesuaian atau bertentangan dengan pendapat umum (abdul
kareem zaydan.1997.210)
Di dalam sesebuah institusi rumahtangga suami isteri
mempunyai hak untuk mengutarakan apa jua pendapat yang dapat membina dan
menjamin kerukunan dan kebahagiaan sesebuah rumahtangga. Hak isteri bersuara
menyatakan haknya juga dibenarkan di dalam islam lebih-lebih lagi jikalau
haknya tidak ditunaikan oleh suami.
Sekiranya isteri bersuara untuk mendapatkan
haknya yang telah diingkari oleh suami, tidaklah wajar bagi suami mengatakan
bahawa isterinya telah menderhakainya sedangkan si isteri sedang memperjuangkan
haknya yang telah diabaikan oleh suami.
Akan tetapi dalam keadaan ini isteri
haruslah pandai memainkan peranannya supaya apa yang akan disuarakannya itu
dapat disampaikan dengan cara yang bijak dan berhikmah.
Di dalam al-Quran jelas menerangkan kepada kita bahawa
wanita mempunyai hak untuk bersuara menyatakan hak-haknya. Firman Allah s.w.t
dalam surah al-Mujadalah ayat 1:
قَدْ سَمِعَ اللَّهُ قَوْلَ الَّتِي تُجَادِلُكَ
فِي زَوْجِهَا وَتَشْتَكِي إِلَى اللَّهِ وَاللَّهُ يَسْمَعُ تَحَاوُرَكُمَا ۚ إِنَّ
اللَّهَ
سَمِيعٌ بَصِيرٌ
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah telah mendengar perkataan
wanita yang mengajukan gugatan kepada kamu tentang suaminya, dan mengadukan
(halnya) kepada Allah. Dan Allah mendengar soal jawab antara kamu berdua.
Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.”
Ayat ini diturunkan kepada Khaulah binti Tha’labah yang
datang mengadu kepada Rasulullah perihal suaminya yang telah menziharkannya
sedangkan beliau telah menghabiskan seluruh hayatnya untuk suami dan melahirkan
anak-anak untuknya serta telah menhabiskan hartanya untuk suami sehingga
Allah
sendiri menjawab pertanyaannya dalam ayat ini tentang hukum zihar2. Ini
menunjukkan wanita mempunyai hak bersuara supaya dapat memastikan haknya tidak
dicerobohi sesuka hati dari pihak suami.
Terdapat juga hadith yang menegaskan bahawa isteri mempunyai
hak bersuara untuk mempertahankan haknya.
Hadith yang diriwayatkan oleh Imam
Bukhary tentang seorang hamba wanita, Barirah yang telah dibeli oleh Aisyah r.a
dan kemudiannya dimerdekakan oleh Aishah r.a, sedangkan Barirah mempunyai suami,
Mugith yang juga hamba ketika itu. Menurut hukum islam jika seorang hamba
wanita yang berkahwin ketika menjadi hamba, wanita ini boleh memilih sama ada
untuk terus kekal menjadi isteri kepada suaminya yang masih lagi ataupun
berpisah.
Dalam kisah ini suami Barirah menangis teresak-esak ketika
Barirah memilih untuk berpisah daripadanya, peristiwa ini disaksikan oleh
Rasulullah s.a.w sendiri hingga timbul perasaan simpati kepada nasib Mugith
yang amat menyintai isterinya, sedangkan isterinya tidak.
Rasulullah berkata kepada Abbas: “Wahai Abbas, tidakkah
engkau berasa simpati dengan cintanya Mugith kepada isterinya, sedangkan
isterinya amat membencinya?”.
Maka Rasulullah s.a.w bertanya kepada Barirah: “Kalaulah
engkau menarik balik kata-katamu tadi dan menerima kembali suamimu”.
Jawab Barirah:”Ya Rasulullah adakah engkau menyuruhku
berbuat demikian?”
Jawab Rasulullah: “Aku cuma memberi pendapat”.
Jawab Barirah: ”Aku tidak mahu menarik balik kataku tadi
(tidak mahu kembali kepada suaminya).
Jelaslah di dalam hadith ini bahawa isteri mempunyai hak
untuk bersuara atau memberi pendapat dan di dalam hal ini Rasulullah s.a.w
tidak mengingkari keputusan yang dibuat oleh Barirah.
Begitu juga dengan kisah
Umar al-Khattab yang sedang berkhutbah di atas mimbar memberitahu agar mahar
untuk para isteri tidak boleh lebih daripada 400 dirham, lalu ditegur oleh
seorang wanita mengenai perkara tersebut dan Umar meminta maaf atas
kesilapannya itu. (Abdul Kareem Zaydan.1997.218)
Yang demikian ini jelas menunjukkan Islam telah memberi hak
terhadap isteri atau wanita untuk mengeluarkan pendapat selagimana ianya tidak
menyalahi syarak.
7- HAK TERHADAP HARTA ISTERI
Sudah menjadi amalan masyarakat kita hari ini menganggap
harta isteri adalah harta suami dan boleh digunakan oleh suami sebagaimana
harta suami yang digunakan oleh isteri. Malahan terdapat segelintir suami yang
sanggup memaksa isteri bekerja dan mengambil wang gaji isteri tanpa
keizinannya.
Ini merupakan suatu amalan yang buruk dan melanggar hak
seorang isteri di mana di dalam islam harta isteri merupakan harta khususnya
yang tidak boleh digunakan sesuka hati oleh suami melainkan sesudah mendapat
keizinannya dan isteri redha menyerahkan hartanya kepada suami. Jika tidak
harta itu adalah hak mutlak isteri yang tidak boleh diganggu gugat.
Menurut Yusuf al-Qardawi tidak halal bagi suami menyusahkan
isterinya dan memperlakukannya dengan buruk agar si isteri menebus dirinya
dengan mengembalikan harta yang telah diberikan kepadanya seluruhnya atau
sebahagiannya sedangkan isteri tidak melakukan perbuatan keji yang nyata.
(Qardawi. 2000. 249) Ini jelas dinyatakan di dalam firman Allah:
وَلَا تَعْضُلُوهُنَّ لِتَذْهَبُوا بِبَعْضِ
مَا آتَيْتُمُوهُنَّ إِلَّا أَنْ يَأْتِينَ بِفَاحِشَةٍ مُبَيِّنَةٍ
“Janganlah kamu menyusahkan mereka
kerana hendak mengambil kembali sebahagian dari apa yang telah kamu berikan
kepadanya, kecuali jika mereka melakukan perbuatan keji yang nyata” (surah
an-nisa’:19)
Bagi suami yang tidak suka kepada isterinya dan ada hasrat
menikah dengan wanita lain, maka diharamkan baginya mengambil kembali apa yang
tela diberikannya kepada isterinya.
Firman Allah:
“dan jika kamu ingin mengganti
isterimu dengan isteri yang lain, sedang kamu telah memberikan kepada seseorang
di antara mereka harta yang banyak, maka janganlah kamu mengambil kembali
daripadanya barang sedikit pun….” (surah an-nisa’:20-21)
8- HAK TERHADAP HARTA SEPENCARIAN
Harta sepencarian menurut bahasa ialah harta benda yang
diperolehi daripada usaha suami isteri. (Kamus Dewan. 2002. 443). Aset yang
diperoleh oleh suami isteri dalam masa perkahwinan melalui usaha bersama
mereka, adalah sinonim dengan “harta sepencarian” dan tidak melibatkan aset
isteri yang diperolehi dari usaha tunggalnya sendiri atau harta pusaka yang diwarisinya.
“Harta sepencarian” telah
ditafsirkan oleh Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah
Persekutuan) 1984 (Akta 303) sebagai “harta yang diperoleh bersama oleh suami
isteri semasa perkahwinan berkuatkuasa mengikut syarat-syarat yang ditentukan
oleh Hukum Syara’. (Akta undang- undang keluarga Islam Wilayah Persekutuan
1984.)
Pembahagian harta sepencarian sebenarnya mempunyai
hubungkait dengan adat yang seringkali dihubungkan dengan kelaziman masyarakat
Melayu. Amalan ini berlaku kerana menghormati usaha pemilikan harta yang
diperoleh secara bersama dalam tempoh perkahwinan.
Walaupun pada kebiasaannya
tidak timbul soalan mengenai pembahagian harta jika perkahwinan mereka tidak
bermasalah, namun dalam keadaan tertentu, misalnya apabila berlaku perceraian
atau suami ingin atau telah berpoligami, akan timbul desakan daripada pihak
isteri untuk menuntut haknya kerana dia telah memberi sumbangan sama ada secara
langsung atau tidak langsung dalam memperolehi harta itu.
Islam mengiktiraf bahawa adat yang tidak bercanggah dengan
hukum Syara’, baik secara khusus atau umum, adalah menjadi salah satu sumber
hukum Syara’. Sesuatu adat itu boleh diterima apabila sudah menjadi kelaziman.
Kaedah fiqh yang menjadi sandaran dalam hal ini ialah “al-Aa’dah Muhakkamah”
yang ertinya sesuatu adat adalah menjadi hukum.
Walaupun harta sepencarian tidak secara khusus dibincangkan
dalam kitab-kitab fiqh, namun, ia boleh diterima sebagai suatu adat bagi
pasangan Melayu Islam yang bersama-sama berusaha untuk memperoleh harta, baik
dalam rumah atau di luar rumah. Harta yang diperoleh dari usaha bersama itu
akan menjadi harta bersama. Adat ini telah diterimapakai, diamalkan dan
dijadikan asas kepada prinsip harta sepencarian yang dimasukkan ke dalam
Undang-Undang Keluarga Islam yang diamalkan di negara kita sekarang ini.
Undang-undang Keluarga Islam memberikuasa kepada Mahkamah
untuk membahagikan harta sepencarian ini antara suami dan isteri apabila
tuntutan dibuat di Mahkamah. Sumbangan secara tidak langsung oleh isteri
seperti sumbangan ke arah kebajikan keluarga dengan memelihara rumahtangga atau
menjaga keluarga diambilkira sebagai sumbangan untuk memperolehi harta
sepencarian.
Penyertaan isteri dalam kerja-kerja suaminya walaupun secara
tidak langsung seperti hanya mengiringi suami dalam perjalanan untuk
menjalankan perniagaan hendaklah dianggap sebagai sumbangannya dalam perolehan
harta kerana penyertaan isteri itu memberi kedamaian dan ketenteraman kepada
suami sehingga berjaya dalam pekerjaannya.
Oleh itu apa-apa aset/harta sama ada
harta alih atau harta tak alih yang diperolehi semasa perkahwinan adalah
menjadi harta sepencarian. Sumbangan tidak langsung ini telah diiktiraf oleh
hukum Syara’.
Dalam ayat 228 surah al-Baqarah, Allah berfirman:
وَلَهُنَّ مِثْلُ الَّذِي عَلَيْهِنَّ بِالْمَعْرُوفِ
yang bermaksud: ”… Dan isteri-isteri itu mempunyai hak yang
sama seperti kewajipan yang ditanggung oleh mereka (terhadap suami) dengan cara
yang sepatutnya (dan tidak dilarang hukum Syara’)…..”.
Dari kenyataan di atas jelas bahawa dalam suatu tuntutan
harta sepencarian, sumbangan satu pihak hanya timbul jika suami sahaja yang
berkerja mendapatkan harta tersebut manakala pihak isteri berada di rumah untuk
menjalankan tanggungjawabnya sebagai isteri.
Dalam keadaan ini isteri dianggap
sebagai memberi sumbangan secara tidak langsung dan sumbangan itu diakui oleh
Syara’.
Jika isteri bekerja dan memperoleh harta sedangkan suami
tidak bekerja tetapi mendakwa bahawa beliau telah memberi sumbangan secara
tidak langsung dengan menjaga keluarga seperti menghantar isteri ke tempat
kerja dan menjaga anak-anak di rumah, maka tuntutan suami untuk mendapatkan
bahagiannya daripada harta tersebut tidak diiktiraf oleh hukum Syara’.
Ini
adalah kerana tanggungjawab sebenar mencari rezeki dan mencari harta untuk
kebahagian rumahtangga adalah terletak pada suami.
KESIMPULAN
Fenomena dalam masyarakat kita sejak dulu sering
memperlihatkan sikap yang lebih memihak kepada kaum lelaki dalam perhubungan
suami isteri. Pandangan sedemikian rupa haruslah dikikis dalam diri setiap
individu khususnya pihak suami.
Dengan adanya ketentuan syariat yang
mengiktiraf dan membela hak-hak isteri seperti yang dibahaskan, jelaslah
menunjukkan bahawa Islam mengangkat martabat isteri sebagai manusia yang
dihormati yang sama nilainya dengan suami.
Menegakkan hak-hak isteri bukan bererti melawan suami,
bahkan memperbaiki kesalahan suami agar kembali pada jalan yang benar. Setiap
suami dan isteri mempunyai peranan dan hak masing-masing yang harus dihormati
antara satu sama lain. Konsep ini jika benar-benar dijalankan akan menjamin
ketenangan dan kebahagiaan dalam keluarga. Jika suami dan isteri konsisten
dengan kewajiban dan hak-hak mereka, hal itu akan dapat mempereratkan lagi
cinta dan kasih antara mereka.
Selain itu, hal ini dapat menjauhkan segala
kemungkinan timbulnya perselisihan dan pertengkaran yang mengancam keutuhan
rumah tangga yang dengan sendirinya membawa kesan negatif pada jiwa anak-anak.
Beberapa pendekatan yang dianjurkan dalam al-Quran dan
al-Sunnah bagi menangani masalah suami yang mengabaikan hak-hak isteri mereka:
Menasihati suami
secara baik
Minta bantuan
orang ketiga (orang tengah / hakam)
Jika tidak
berhasil, minta bantuan mahkamah syariah untuk menasihati suami/mengambil
tindakan.
Jalan yang
terakhir jika suami tidak mengendahkannya adalah dengan memohon cerai yang dipandang sebagai jalan terakhir dan terbaik untuk diri isteri dan anak-anak.
Firman Allah s.w.t:
وَإِنِ امْرَأَةٌ خَافَتْ مِنْ بَعْلِهَا
نُشُوزًا أَوْ إِعْرَاضًا فَلَا جُنَاحَ عَلَيْهِمَا أَنْ يُصْلِحَا بَيْنَهُمَا صُلْحًا
ۚ وَالصُّلْحُ خَيْرٌ ۗ وَأُحْضِرَتِ الْأَنْفُسُ الشُّحَّ ۚ وَإِنْ تُحْسِنُوا وَتَتَّقُوا
فَإِنَّ اللَّهَ كَانَ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرًا﴿١٢٨﴾ وَلَنْ تَسْتَطِيعُوا أَنْ
تَعْدِلُوا بَيْنَ النِّسَاءِ وَلَوْ حَرَصْتُمْ ۖ فَلَا تَمِيلُوا كُلَّ الْمَيْلِ
فَتَذَرُوهَا كَالْمُعَلَّقَةِ ۚ وَإِنْ تُصْلِحُوا وَتَتَّقُوا فَإِنَّ اللَّهَ كَانَ
غَفُورًا رَحِيمًا
Dan jika seorang wanita khawatir akan nusyuz atau sikap
tidak acuh dari suaminya, maka tidak mengapa bagi keduanya mengadakan perdamaian
yang sebenar-benarnya, dan perdamaian itu lebih baik (bagi mereka) walaupun
manusia itu menurut tabiatnya kikir. Dan jika kamu bergaul dengan isterimu
secara baik dan memelihara dirimu (dari nusyuz dan sikap tak acuh), maka
sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. Dan kamu
sekali-kali tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri(mu), walaupun
kamu sangat ingin berbuat demikian, karena itu janganlah kamu terlalu cenderung
(kepada yang kamu cintai), sehingga kamu biarkan yang lain terkatung-katung.
Dan jika kamu mengadakan perbaikan dan memelihara diri (dari kecurangan), maka
sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Surah an-Nisa’:128-129)
BIBLIOGRAFI
Al-Quran al-Karim
Abu Dawud
al-Sajastani, Sulayman bin al-asycath. Sunan Abi Dawud maca
macalim al-sunan
al-khatabiy.1973. Humus : Dar al-Hadith.
Ahmad, Idris. Fiqh
Syafii.1995.pustaka Antara Sdn. Bhd. Kuala Lumpur
al-Bukhary,
Muhammad ibn Ismail Abu Abdallah.1987.Sahih al-Bukhary.
Bayrut :Dar Ibn
Kathir.
al-cAk, Khalid
Abul Rahman.Adab al-Hayat al-Zaujiyyah fi dawk al-Quran wa al-
Sunnah.1997.Bayrut
:Dar al-makrifah.
Al-Nawawi, Muhy
al-Din Abi Zakariyya Yahya ibn Syaraf. Raudhatul at-Talibin.
Bayrut: Dar
al-Kutub al-Ilmiyyah
Al-Syarbini,
Muhammad. Mughni al-Muhtaj ila ma’rifat macani Alfaz al-Minhaj.
Mesir: syirkah
Mustafa al-Babiy al-Halabiy.
Al-Tirmidhi,
Muhammad bin Isa. Al-Sunan. Bayrut : Dar al-Turath al-cArabi.
Ibn Rusyd,
Muhammad bin Ahmad bin Muhammad al-Qurtubi al-Andalusi.
Bidayah
al-Mujtahid wa al-Nihayah al-Muqtasid.1995.Bayrut: Dar al-Fikr.
Muslim, Ibn
al-Hajjaj Abu al-Husayn al-Qusyairiy al-Naysaburi. 1954/1374H.
Sahih Muslim.
Bayrut : Dar Ihya’ al-Turath al-cArabi.
Talib, Muhammad.20
kesilapan suami.1997. Kuala Lumpur: Darul Nu’man
Zaydan, Abudul
Kareem.al-Mufassal fi Ahkam al-Mar’ah wa al-Bayt al-Muslim fi
al-syariah
Islamiyyah.1997.Bayrut: Mu’assasah al-Risalah.
Zuhayliy, Wahbah.
Fiqh islami wa adillatuhu.1985.Dimasyq: Dar al-Fikr
1. Bagi wanita yang berumahtangga hukum asal baginya adalah
menguruskan hal ehwal rumahtangga seperti mengurus dan memdidik anak, mengemas
rumah dan urusan makan pakai anak-anak dan suami. Bagi wanita yang belum
berumahtangga kewajipan asalnya ialah menolong kedua ibubapanya dalam rumah.
Subscribe to:
Posts (Atom)