TAAT
Tanggungjawab utama seorang isteri ialah isteri perlulah
taat dan patuh kepada suaminya. Kesetiaan isteri kepada suaminya perlu
diutamakan terlebih dahulu lebih daripada keluarga terdekatnya sendiri.
Ini berdasarkan kepada sabda Rasulullah SAW:
Sekiranya aku ini orang yang menyuruh mana-mana orang supaya
sujud kepada orang lain tentu sekali aku akan menyuruh isteri sujud kepada
suaminya.
(Riwayat Abu Daud dan al-Hakim)
Isteri hendaklah mematuhi perintah si suami asalkan ia tidak
bertentangan dengan ajaran Islam. Andainya suami menyuruh melakukan dosa maka
isteri dibenarkan membantah.
Sabda Rasulullah SAW:
Tidak boleh memtaati mahluk dalam perkara menderhaka kepada
Allah SWT.
(Riwayat Ahmad)
Setelah berkahwin, suami mempunyai hak ke atas isteri. Oleh
sebab itu, jika isteri ingin keluar rumah atau berpuasa sunat, ia hendaklah
meminta izin daripada suami.
Sabda Rasulullah SAW:
Tidak halal bagi sesorang isteri yang beriman dengan Allah
dan hari akhirat untuk berpuasa, sedangkan suaminya ada di sampingnya kecuali
dengan keizinan suaminya itu.
(Riwayat al-Bukhari, Muslim, dan Ahmad Ibn Hanbal)
Larangan berpuasa tanpa keizinan suami ini diwujudkan kerana
dikhuatiri si isteri tidak dapat melayan kemahuan si suami dengan baik. Oleh
sebab itu, meminta izin adalah sangat penting.
MELAYAN SUAMI
Si isteri juga hendaklah melayan kehendak suami dengan baik
pada bila-bila masa sahaja. Hubungan yang perlu dijaga ialah hubungan kelamin
antara kedua-duanya. Oleh sebab itu, si isteri hendaklah memastikan bahawa ia
melayan kehendak suaminya.
Sabda Rasulullah SAW:
Apabila seorang suami mengajak isterinya ke tempat tidur,
tetapi ia enggan melayan ajakan suaminya, maka suami tidur dengan marah pada
waktu malam itu, nescaya malaikat mengutuknya sampai waktu subuh. (Riwayat sebahagian Ahli Sunnah)
Untuk mengelakkan daripada digolongkan dalam golongan yang
ingkar, maka isteri perlulah memenuhi kemahuan si suami jika tidak mempunyai
alasan yang kukuh untuk menolaknya.
MENGURUS RUMAHTANGGA
Tugas seorang isteri ialah untuk menjadikan tempat
tinggalnya sebagai satu tempat untuk berehat serta menghasilkan persekitaran
yang menyenangkan. Isteri hendaklah menghias rumah itu supaya ia kelihatan
damai dan rasa senang hati untuk tinggal di situ. Untuk menghias rumah itu, si
isteri perlulah menghias mengikut kemampuan keperluan keluarga itu.
Citarasa
hiasan dalaman itu bergantung kepada suami isteri asalkan ia tidak melanggar
hukum Islam.
Apabila si suami memberi wang perbelanjaan kepada si isteri,
maka si isteri mestilah berbelanja dengan bijak serta tidak membazir-bazirkan
wang pemberian suaminya. Si isteri hendaklah berbelanja mengikut keperluan dan
bukannya hawa nafsu. Si isteri mestilah memahami keadaan ekonomi suami yang
sibuk mencari nafkah yang mencukupi untuk keluarganya.
Oleh sebab itu, si isteri hendaklah membuat perbelanjaan
keluarganya dengan bijak supaya tidak ada perbelanjaan melebihi pendapatan.
Maka, si isteri hendaklah berjimat- cermat dalam membuat pembelian supaya suami
isteri itu hidup dalam serba kesederhanaan sahaja.
-Tanggungjawab Bersama.
Pengurusan rumahtangga adalah tanggungjawab seorang isteri.
Walaupun mempunyai pembantu rumah, isteri masih bertanggungjawab untuk menyelia
segala pengurusan rumah itu. Suami pula diharapkan dapat membantu si isteri
dalam melakukan kerja-kerja rumah.
Dengan adanya kerjasama daripada kedua-dua belah pihak, maka
akan wujudlah sebuah keluarga bahagia serta dapat merapatkan lagi hubungan
sesama mereka.
MENJAGA MARUAH DIRI, SUAMI DAN KELUARGA
Sebagai seorang isteri, isteri hendaklah menjaga maruah dan
akhlak terutamanya apabila keluar dari rumah. Apabila si isteri keluar rumah
kerana sebab-sebab tertentu seperti bekerja, melawat sanak saudara atau keluar
membeli-belah, pakaian yang dipakai hendaklah menutup aurat dan tidak menjolok
mata, berjalan dengan cara yang tidak menarik perhatian ramai serta berkelakuan
baik. Si isteri perlulah menundukkan pandangan serta menjauhkan dirinya
daripada segala fitnah yang mungkin akan berlaku.
Firman Allah:
Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak
perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: “Hendaklah mereka menghulurkan
Jilbabnya ke seluruh tubuh mereka”. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah
untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha
Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Al-Ahzab:
59)
Seperti juga tanggungjawab si suami terhadap si isteri,
segala kecacatan yang ada pada si suami hendaklah dirahsiakan. Ini adalah untuk
mengelakkan perasaan aib timbul yang boleh menjurus kepada perbalahan. Sudah
tentu perbalahan seperti ini perlulah dielakkan kerana ia boleh mengganggu
pembentukan keluarga bahagia.
MENYENANGKAN HATI SUAMI
Apabila si suami memberikan pemberian dalam apa sahaja
bentuk, adalah menjadi tanggungjawab si isteri untuk menghargai pemberian suami
itu. Si isteri tidak boleh meminta-minta hadiah daripada si suami yang melebihi
daripada kemampuannya. Jika mendapat hadiah walaupun yang kecil sahaja, isteri
hendaklah menghargainya dan tidak mengkritik-kritik bentuk hadiah itu.
Dalam pepatah Arab ada menyebut:
Accept the little I may give you, my love for you will grow
deeper, and raise not your voice in my presence, especially when I am in a
moody crisis. (Imam
al-Ghazzali)
Untuk menyenangkan hati si suami melihat si isteri, maka si
isteri haruslah menjaga dirinya supaya kelihatan ceria dan menarik. Ketika
berada di dalam rumah, si isteri perlulah mengenakan solekan yang sewajarnya
agar suami tertarik hati melihatnya. Si isteri juga hendaklah memakai wangi-wangian
yang boleh menarik perhatian si suami.
Seorang perempuan tua Arab ada menasihatkan anaknya pada
hari perkahwinannya:
O my daughter! You are leaving the home in which you were
brought up for a house in which you brought up for a house unknown to you and
to a companion unfamiliar to you. Be a floor to him, he will be a roof to you;
be a soft seat to him, he will be a pillar for you; and be like a slave girl to
him and he will be a slave boy to you. Avoid inopportune behaviour, least he
should be bored with you; and be not aloof lest he should become indifferent to
you. If he approaches you, come running to him; and if he turns away, do not
impose yourself upon him. Take care of his nose, his eye and his ear. Let him
not smell except a good odour from you; let not his eye see you except in an
agreeable appearance; and let him hear nothing from you except nice, fine
words. (Imam al-Ghazzali)
PENDORONG DAN MEMBERI MOTIVASI
Isteri yang solehah seharusnya menjadi teman berunding bagi
suami, menjadi sahabt dalam menyelesaikan masalah. Itulah sebabnya hubungan
suami isteri itu diertikan orang sebagi “teman hidup”. Jika suami menghadapi
masalah untuk mencapai cita-citanya dan keluarganya, maka berilah motivasi
kepada suami disamping menghiburkan hatinya.
Dalam sesebuah institusi keluarga, ahli-ahlinya perlulah
bersama-sama memikul tanggungjawab supaya pembentukan keluarga bahagia akan
tercapai.
Dalam hal yang sedemikian, terdapat beberapa tanggungjawab yang
dipikul bersama oleh suami isteri. Kedua-duanya perlulah mendalami ilmu fardu
ain. Ini adalah perlu kerana ilmu ini merupakan panduan untuk mereka dalam
menjalani kehidupan seharian. Kita juga wajib menuntut ilmu sampai ke liang
lahad. Dengan mempelajari lebih banyak ilmu fardu ain, suami isteri dapat
menghayati kehidupan Islam lebih bermakna lagi.
Untuk menyelesaikan apa juga masalah keluarga, suami isteri
perlulah sentiasa berbincang demi kebaikan bersama. Perbincangan adalah lebih
baik daripada bersikap autokratik kerana kata sepakat dapat dicapai untuk
kebaikan bersama dan tidak untuk kepentingan satu pihak sahaja.
Malah, dengan
perbincangan juga suami isteri boleh mendapat ilham baru untuk menyelesaikan
masalah yang dihadapi bersama. Dalam menunaikan tanggungjawab masing-masing,
kadang-kadang kita memerlukan pertolongan dalam hal-hal kebajikan.
Isteri kadang-kadang memerlukan pertolongan si suami untuk
membuat kerja-kerja rumah. Dalam hal sebegini, adalah perlu bagi pasangannya
untuk meringankan beban yang dihadapi oleh pasangannya supaya kerja-kerja dapat
dilaksanakan dengan cepat dan betul. Apabila seorang daripada mereka melakukan
perkara yang ditegah, adalah menjadi tanggungjawab pasangannya untuk menegur
kesilapan yang telah dilakukan.
Suami isteri hendaklah saling tegur menegur dan
menghalang pasangan masing-masing daripada melakukan kemungkaran, sebaliknya
melakukan lebih banyak hal-hal kebajikan.
Kedua-duanya perlulah bersikap jujur dan selalu menepati
janji antara satu sama lain kerana perkahwinan dianggap sebagai satu institusi
yang mana ahli-ahlinya perlulah saling percaya mempercayai antara satu lama
lain tanpa perlu berbohong atau menyimpan rahsia.
Oleh sebab itulah maka suami
isteri hendaklah bersikap terbuka dan berterus terang dalam banyak hal tanpa
menyembunyikan kebenaran.
Suami isteri perlulah saling memaafkan dan menasihati kerana
sebagai manusia, kita tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan. Ini adalah
penting kerana tanpa sikap pemaaf dan saling tegur menegur ini, maka suami
isteri itu akan hidup dalam kekacauan kerana sering melakukan kesilapan tanpa
ada orang yang ingin menegurnya ataupun sering berbalah kerana tidak ada sikap
pemaaf itu.
Salah satu hikmah berkahwin ini ialah suami isteri dapat melakukan
solat berjemaah.
Seperti yang diketahui, jika kita solat berjemaah, maka pahala
yang diperolehi adalah berganda-ganda daripada solat secara sendiri. Dengan
melakukan solat berjemaah ini maka perhubungan ukhwah antara suami isteri dapat
dipereratkan. Yang paling penting dalam kehidupan sebagai suami isteri ini
ialah bertawakal kepada Allah setelah berusaha sedaya upaya untuk mencapai
kebahagiaan dalam hidup berumahtangga.
KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, dapatlah kita lihat bahawa perkahwinan
ini adalah penting dalam sesebuah masyarakat kerana keluarga merupakan batu
asas dalam pembinaan sesebuah masyarakat. Untuk melahirkan sesebuah masyarakat
yang bahagia, kita perlulah memastikan bahawa ahli-ahli masyarakat itu
menjalankan tanggungjawab masing-masing. Untuk melahirkan masyarakat yang yang
kuat, mulia, dan saling bertangungjawab, pembentukan keluarga yang bahagia
adalah sangat penting. Oleh sebab itu, adalah penting untuk membentuk sesebuah
keluarga bahagia.
No comments:
Post a Comment