Keperibadian Rasulullah terhadap isteri, anak wajar
dicontohi pasangan zaman ini Sebuah keluarga yang bahagia mampu melahirkan
masyarakat sejahtera kerana kehidupan setiap individu bermula di rumah atas
didikan dan bimbingan ibu bapanya. Apabila individu itu dibentuk dengan baik
maka masyarakat di sekelilingnya akan harmoni dan sejahtera.
Melahirkan keluarga sejahtera dan harmoni, ibu bapa
hendaklah berusaha membentuk anak menjadi generasi hebat dan berkualiti. Contoh
membina keluarga boleh diperoleh daripada pendekatan Rasulullah kepada ahli
keluarganya. Rasulullah SAW adalah seorang suami dan ayah yang sangat mengambil
berat terhadap kebajikan keluarga” Rasulullah SAW adalah bapa yang sangat
penyayang. Walaupun baginda pemimpin masyarakat, kewibawaannya sebagai suami
dan ayah tidak dapat ditandingi.
Rasulullah SAW juga seorang suami yang sangat romantik.
Ringan tulang bantu isteri urus rumah tangga Baginda bersikap adil kepada
isterinya dan dapat menguruskan kehidupan rumah tangga dengan baik. Nabi SAW
juga seorang suami yang ringan tulang, sering membantu isteri dalam urusan
rumah tangga tanpa disuruh. Saidatina Aisyah menceritakan, jika Nabi berada di
rumah, Baginda selalu membantu. Setiap kali pulang ke rumah, apabila dilihat
tiada makanan yang sudah siap dimasak untuk dimakan, sambil tersenyum Baginda
menyinsing lengan baju membantu isteri di dapur.
Diriwayatkan oleh Ahmad: “Rasulullah tidaklah setiap hari
melainkan Baginda selalu mengunjungi isteri-isterinya seorang demi seorang.
Rasulullah menghampiri dan membelai mereka secara bergantian.” Ada ketikanya
romantis Nabi SAW sehinggakan Baginda sengaja bermanja dengan menyandarkan
kepalanya ke pangkuan isterinya seperti dinyatakan oleh Aisyah dalam Sahih
Bukhari, “Nabi SAW membaca al-Quran iaitu mengulang hafalan dan kepalanya
berada di pangkuanku sedangkan aku dalam keadaan haid.” Isteri Nabi SAW
sentiasa mendapat kucupan mesra daripada Baginda ketika ingin pergi ke masjid.
Keperibadian Baginda terhadap isteri seharusnya dicontohi pasangan zaman ini.
Ia sangat sesuai dipraktikkan bagi memikat pasangan dan
melahirkan kasih sayang antara suami isteri. Luang masa bersama keluarga
Contohnya, keluar bersiar pada hujung minggu. Semua maklum setiap pasangan
zaman ini mempunyai tugas dan karier, namun pasangan perlu meluangkan masa
untuk bersama keluarga. Hal ini selari dengan sunnah Nabi Muhammad SAW yang
suka keluar bersama isterinya.
Diceritakan dalam Sahih Bukhari dan Muslim: “Rasulullah
apabila datang waktu malam, Baginda berjalan bersama Aisyah dan
berbincang-bincang dengannya.” Hadis riwayat Muslim juga menyebut Rasulullah
SAW suka membawa Aisyah makan bersama di luar. Sehinggakan suatu ketika, Nabi
SAW pernah menolak pelawaan jirannya berbangsa Parsi untuk makan di rumah
mereka jika Aisyah tidak turut diundang bersama. Penyayang terhadap anak
Baginda Rasulullah SAW juga ayah yang penyayang.
Baginda lemah lembut kepada Qassim, Abdullah, Ibrahim,
Fatimah, Zainab, Umi Kalthum dan Siti Rakiah. Baginda sangat mencintai dan
mengasihi putera dan puterinya. Diriwayatkan, setiap kali puteri Baginda,
Fatimah ingin masuk ke dalam bilik, Baginda akan bangun dan memimpin tangan
Fatimah dan didudukkan di sebelahnya. Sesungguhnya Nabi SAW sungguh peka
terhadap diri anak Baginda. Begitulah kasih sayang Baginda melayan mereka
dengan penuh kasih sayang.
Putera Nabi SAW, iaitu Ibrahim meninggal dunia ketika
usianya masih kecil. Walaupun Baginda sibuk dalam urusan dakwah, ketika Ibrahim
sakit tenat, Baginda akan sentiasa menziarahi anaknya, bermain dan
menggembirakan hati Ibrahim. Baginda SAW cuba menghilangkan derita yang
ditanggung anakandanya tercinta walaupun buat seketika. Nabi Muhammad SAW
sangat sedih ketika Ibrahim menghembuskan nafas yang terakhir sehinggakan
mengalirkan air mata. Rasulullah SAW adalah seorang suami dan ayah yang sangat
mengambil berat terhadap kebajikan keluarganya. Marilah kita berdoa kepada
Allah supaya mengurniakan kebahagiaan rumah tangga dan memberikan kekuatan
serta petunjuk untuk membina rumah tangga harmoni.
No comments:
Post a Comment