Friday, 26 June 2015

Bahagian 1 - Munakahat - Pernikahan Dengan Keluarga Terdekat

KEMUSYKILAN TERUNGKAI ANDA BERTANYA ISLAM MENJAWAB by PROF. DR. MUTAWALLI ASY SYA'RAWI

6. Pernikahan Dengan Keluarga Terdekat

Pertanyaan : " Jika kita berkahwin, sebaiknya dengan keluarga terdekat atau dengan wanita lain(bukan keluarga sendiri) ? "

Jawapan :

Rasulullah SAW menasihati kita agar berkahwin dengan wanita yang bukan keluarga terdekat.

Baginda bersabda, " Kahwinlah dengan keluarga jauh, agar tidak lemah."

Isteri dari keluarga terdekat dapat menghasilkan keturunan yang lemah. Tetapi jika dari keluarga jauh dapat menghasilkan keturunan yang lebih kuat. Dalam percubaan terhadap tumbuh-tumbuhan, ilmu pengetahuan moden berpendapat bahawa penyilangan dua jenis benih berbeza memberikan hasil yang lebib baik(unggul). Untuk mendapat keturunan yang kuat, agama melarang menikahi saudara dekat iaitu ibu, kakak, anak, atau anak saudara.

Banyak kita lihat, pernikahan dengan keluarga dekat mengakibatkan hal-hal yang negatif dari kedua orang tua dapat terkumpul pada anak-anaknya. Sebaliknya, perkahwinan dengan keluarga jauh yang menurun kepada anak justeru hal positif tersebut adalah; sifat-sifat baik, kecerdasan ,kekuatan mental, dan fizikal.

Waallahu a'lam..
#Cinta Ilmu Demi Pembangunan Islam dan Cinta Ilahi
#Moga bermanfaat

Insyaa Allah..^_^

Thursday, 25 June 2015

Bahagian 1 - Munakahat - Calon Isteri Idaman

KEMUSYKILAN TERUNGKAI ANDA BERTANYA ISLAM MENJAWAB by PROF. DR. MUTAWALLI ASY SYA'RAWI

5. Calon Isteri Idaman

Pertanyaan : " Calon isteri saya sesuai seperti yang saya idamkan. Dia teguh beragama, berakhlak baik dan cantik, tetapi dari keluarga miskin. Teman-teman menganjurkan agar saya memilih gadis kaya yang kelak dapat membantu dan meringankan beban hidup berumah tangga. Mana yang harus saya pilih? "

Jawapan :

Janganlah anda menjadikan kekayaan calon isteri sebagai idaman untuk pernikahan. Jadikanlah pernikahan sebaai kunci pintu rezeki. Allah SWT berfirman mafhumnya :
 
وَأَنكِحُوا الْأَيَامَىٰ مِنكُمْ وَالصَّالِحِينَ مِنْ عِبَادِكُمْ وَإِمَائِكُمْ ۚ إِن يَكُونُوا فُقَرَاءَ يُغْنِهِمُ اللَّهُ مِن فَضْلِهِ ۗ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ
 
"  Dan nikahkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu, dan orang-orang yang layak (menikah) dari hamba-hamba sebayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah SWT akan memampukan mereka dengan kurniaan-Nya . Dan Allah SWT Maha Luas pemberian-Nya lagi Maha Mengetahui." 
 
Surah AnNur : Ayat 32
 
Rasulullah SAW bersabda maksudnya,
 
" Barangsiapa menikahi seorang wanita kerana memandang kedudukannya, dia akan dirugikan oleh kedudukannya."

Lelaki yang berhasrat memanfaatkan kedudukan isteri untuk kepentingannya akan timbul permusuhan dan saling menjauhi, dengan demikian si suami telah terjerumus memilih musuh yang kuat.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud,

" Barangsiapa menikahi seorang wanita kerana menilai kekayaannya, Allah SWT menjadikannya melarat."

Menikahi wanita kaya dengan tujuan memanfaatkan hartanya akan membuat si isteri berubah sombong, kedekut dan menghina suaminya. Mulanya harta yang diinginkan, tetapi dia hanya mendapat kerendahan diri dan penghinaan dari si isteri dan dari orang lain.

Mengapa anda takut bernikah dengan calon isteri yang miskin, tetapi mulia dalam agama, berakhlak dan cantik? Renungkanlah maksud firman Allah SWT : "Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurniaan-Nya."

Dan pada akhir ayat,
" Dan Allah SWT Maha Luas Pemberian-Nya Lagi Maha Mengetahui."
Apabila semua orang mengahwini wanita-wanita yang miskin, rezeki Allah SWT yang maha luas akan diberikan kepada mereka. Pemberian dari manusia kepada manusia terbatas dan boleh terputus. Tetapi pemberian Allah SWT maha luas dan tidak akan terputus, diberikan kepada sesiapa pun sesuai dengan niat dan maksud tujuannya.

Waallahu a'lam..
#Cinta Ilmu Demi Pembangunan Islam dan Cinta Ilahi
#Moga bermanfaat

Insyaa Allah..^_^

Bahagian 1 - Munakahat - Tergoda lelaki lain

KEMUSYKILAN TERUNGKAI ANDA BERTANYA ISLAM MENJAWAB by PROF. DR. MUTAWALLI ASY SYA'RAWI

4. Tergoda lelaki lain

Pertanyaan : " Saya menikah dengan pemuda soleh yang mencintai saya. Tetapi hati,saya belum puas terutama bila saya membandingkannya dengan lelaki lain. Saya seringkali bingung dan merendahkan diri sendiri. Apakah jalan keluarnya? "

Jawapan :

Anda sudah cukup terseksa dengan merasa diri selalu terhina dan rendah. Dan anda telah menghukum diri sendiri dengan perilaku yang salah, sehingga anda memerlukan bantuan orang lain untuk menjatuhkan hukuman atas diri anda sendiri.

Masalah yang anda hadapi bukan sekadar keburukan dari segi agama sahaja. Orang yang tidak beragama sekalipun apabila berbuat seperti anda, telah tergolong berbuat buruk. Ketahuilah bahawa cinta itu bersifat nisbah dan subjektif. Anda seharusnya dapat membezakan antara cinta dengan penghargaan atau penghormatan.

Jika hati anda dingin tanpa cinta terhadap suami, setidak-tidaknya anda harus menghargai dan menghormati ikatan(akad) nikah yang telah menghalalkan anda baginya. Apabila anda tidak mampu melakukannya, demi keyakinan dan keimanan yang anda miliki, sebaiknya minta kepadanya untuk menceraikan anda. Ini lebih baik daripada hidup bersamanya tanpa perasaan dan kasih sayang.

Waallahu a'lam
#Cinta Ilmu Demi Pembangunan Islam dan Cinta Ilahi..^_^ 
#Moga bermanfaat..:)

Menu baru Ramadhan Tahun ini..^_^

بسم الله الرحمان الرحيم...الحمد لله رب العالمين..والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين
 
 
Alhamdulillah..hari ini masih dapat lagi ana menulis blog ini..<3_<3
Sebenarnya..ana nak share..hari ni..alhamdulillah..ana mencuba resepi lama tapi baru bagi ana..^_~
Sedappp..mesti semua orang pon suka..^_^
Haa..dari tadi dok sembang pasai resepi..tapi tak habaq2 layi apa resepi nya..asif2..;)
Ni dia..Ikan Siakap masak Tiga Rasa..<3_<3..yang dok membaca waktu siang hari di bulan Ramadhan nih..jangan dok terliuq ya..cuba2 lah kat rumah..tak susah pon..^_^
 
Resepi Ikan Masak Tiga Rasa..
 
BAHAN A : Ikan Siakap (kalau tak dak..bawal pon buleh)
                     Tepung Jagung (untuk disalut pada ikan sebelum digoreng)
                     1 labu Bawang besar - Dihiris
                     3 biji Bawang merah - Dihiris
                     2 ulas Bawang putih - Dihiris 
                     2 inci halia - Dihiris
                     Minyak masak untuk goreng ikan.. 
 
BAHAN B : ( Untuk Sos)
      
                     3 sudu sos tomato
                     3 sudu sos cili
                     3 sudu sos tiram
                     3 sudu makan air
                     1 sudu teh gula (x mau letak pon buleh..tukaq dgn garam sckup rasa)
                   
BAHAN C : (Sebagai Hiasan)
 
                     1 pokok daun bawang
                     2 biji cili merah - Dihiris
                     2 biji cili hijau - Dihiris
                     2 biji tomato (Dipotong 4)
 
Saat dinanti-nantikan..
 
Cara membuat :
1. Sapukan tepung jagung disekeliling ikan
2. Goreng ikan menggunakan minyak yang banyak sehingga masak dan kuning keemasan.
    Angkat dan letakkan dalam pinggan hidangan.
3. Keluarkan minyak dan tinggalkan dua sudu makan minyak bagi menumis bahan yang dihiris sehingga wangi.
4. Masukkan bahan sos dan biarkan mendidih.Kacau rata.
5. Masukkan bahan hiasan dan tutup api.
6. Curahkan kuah sos di atas ikan. Siap..!!^_^ <3_<3
 
Selamat mencuba..!!
  

Wednesday, 24 June 2015

Bahagian 1 - Munakahat - Gadis Minta Nikah

KEMUSYKILAN TERUNGKAI ANDA BERTANYA ISLAM MENJAWAB by PROF. DR. MUTAWALLI ASY SYA'RAWI

3. Gadis minta nikah

Pertanyaan : " Bagaimana cara yang sepatutnya jika seorang gadis ingin mengutarakan hasratnya untuk bernikah kepada orang tuanya? 
 
 
Jawapan : 

- Ada yang berpendapat dengan isyarat dan ada yang berpendapat dengan terang-terangan. Kerana itulah seorang ayah dituntut untuk cerdas dan memerhati tingkah laku si anak gadis dengan saksama.

Contoh, ketika Nabi Musa AS menolong dua orang anak gadis dengan memberi minum kepada ternakan mereka. Setelah itu Musa kembali berteduh di bawah sebatang pohon, sedangkan kedua-dua gadis itu pulang.

Beberapa lama kemudian salah seorang dari gadis tadi berjalan mendatangi Musa dengan wajah menunduk penuh rasa malu seraya berkata,"Bapaku memanggil anda untuk membalas kebaikanmu yang telah memberi minum ternakan kami."

Musa memenuhi undangan itu dan bertemulah dia dengan bapa si gadis yang bernama Syuaib. Dihadapan bapanya dan Musa, si gadis berkata,"Wahai bapaku, ambillah dia sebagai orang yang bekerja dengan kita kerana sesungguhnya orang yang paling baik untuk bekerja denapa kita ialah orang yang kuat lagi dapat dipercaya."

Mendengar ucapan anak gadisnya, Syuaib faham apa maksudnya. Ayah yang bijak itu langsung berkata kepada Musa, "Sesungguhnya aku bermaksud menikahkan kamu dengan salah seorang dari kedua anakku ini, dengan syarat bahawa kamu bekerja denganku selama 8 tahun."

Dalam hal ini, gadis atau janda mempunyai hak untuk menerima dan menolak calon suami yang dicadangkan kepadanya, seperti yang dikisahkan oleh Aisyah R.Hu,

" Seorang wanita datang kepada Rasulullah SAW dan mengeluh bahawa ayahnya akan menikahkannya dengan anak bapa saudaranya tanpa persetujuannya. Kemudian Rasulullah SAW menyuruhnya memilih sama ada menerima, atau menolak. Mendengar tawaran dari Rasulullah SAW itu, wanita itu berkata," Ya Rasulullah, tidak mengapa saya menuruti dan menyetujui keinginan ayahku, saya hanya ingin memberi tahu kepada kaumku bahawa orang tua tidak berhak memaksa anak-anak gadisnya."

Waallahu a'lam
#Cinta Ilmu Demi Pembangunan Islam dan Cinta Ilahi
#Moga bermanfaat..^_^

Bahagian 1 - Munakahat - Nusyuz

KEMUSYKILAN TERUNGKAI ANDA BERTANYA ISLAM MENJAWAB by PROF. DR. MUTAWALLI ASY SYA'RAWI

2. Nusyuz

Pertanyaan : " Apakah erti nusyuz ? "

Jawapan :

- Nusyuz ialah meninggalkan kewajiban sebagai suami isteri, Nusyuz dari pihak suami seperti bersikap kasar dan keras terhadap isteri, tidak mahu menggaulinya dan tidak memberikan hak-haknya. Nusyuz dari pihak isteri misalnya meninggalkan rumah tanpa izin suami.

Allah SWT berfirman :


وَاللَّاتِي تَخَافُونَ نُشُوزَهُنَّ فَعِظُوهُنَّ وَاهْجُرُوهُنَّ فِي الْمَضَاجِعِ وَاضْرِبُوهُنَّ ۖ فَإِنْ أَطَعْنَكُمْ فَلَا تَبْغُوا عَلَيْهِنَّ

" Wanita-wanita yang kamu khuatirkan nusyuznya, nasihatilah mereka d
an pisahkanlah diri dari tempat tidur mereka, dan pukullah mereka, Kemudian jika mereka mentaatimu, janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkannya. "   
(Surah An-Nisaa' : ayat 34)

Tindakan di atas sekadar memberi pengajaran. Jika terpaksa memukul hendaklah pukul dengan ringan yang tidak meninggalkan bekas. Apabila cara pertama (nasihat) telah ada manfaatnya, jangan digunakan cara lain yang boleh menyusahkan isteri.
Firman Allah SWT :


وَإِنِ امْرَأَةٌ خَافَتْ مِن بَعْلِهَا نُشُوزًا أَوْ إِعْرَاضًا فَلَا جُنَاحَ عَلَيْهِمَا أَن يُصْلِحَا بَيْنَهُمَا صُلْحًا



" Dan jika seorang wanita khuatir akan nusyuz atau sikap tidak acuh dari suaminya, tidak mengapa bagi keduanya mengadakan perdamaian yang sebenarnya."
(Surah An-Nisaa' : ayat 128)

Suami yang pada mulanya baik dan waras, tiba-tiba terkena gangguan jiwa sehigga sering marah-marah, memukul isteri dan berbuat hal-hal yang aneh, yang membuat kehidupan rumah tangga seperti di neraka. Bolehkah si isteri meninggalkan suaminya dan meminta cerai?
Boleh, si isteri boleh mengajukan penceraiannya kepada pejabat agama. Tetapi sampai hatinya yang isteri meninggalkan suaminya yang sedang sakit mental dan jiwanya serta perlukan rawatan

Waallahu a'lam..
#Cinta Ilmu Demi Pembangunan Islam dan Cinta Ilahi..
#Moga memberi manfaat..

Bahagian 1 - Munakahat - Li'an

KEMUSYKILAN TERUNGKAI ANDA BERTANYA ISLAM MENJAWAB by PROF. DR. MUTAWALLI ASY SYA'RAWI

1.Sumpah Li'an

" Apakah maksud sumpah li'an dalam syariat islam "

Jawapan :

-Apabila seseorang suami menuduh isterinya melakukan zina,tetapi tidak dapat membuktikan atau tidak ada saksi, Islam mensyariatkan keduanya dengan sumpah li'an. Caranya, suami bersumpah mengucapkan "Waallahi, demi Allah SWT" diikuti dengan melafazkan tuduhannya. Ucapannya itu diulang sehingga 4 kali. Pada lafaz ke 5, dia hendaklah menyatakan bahawa dia mengutuk dirinya jika apa yang disebutkan sebelumnya adalah dusta.

Isteri juga mengucapkan yang serupa. Jika isterinya menolak, bererti betul tuduhannya bahawa dia melakukan zina. Tetapi, jika dia menolak melakukan sumpah itu, jatuhlah cerai abadi dan keduanya tidak boleh rujuk kembali sehingga mati.

Sungguh berat risiko seorang suami menuduh isterinya berzina, berbanding seorang isteri menuduh suaminya. Ini kerana jika isteri berzina, urusannya berkaitan dengan bayi yang akan dilahirkan dan percampuran keturunan yang menimbulkan keraguan.



Waallahu a'lam
#Cinta Ilmu Demi Pembangunan Islam dan Cinta Ilahi..Insyaa Allah..:)