Wednesday, 24 June 2015

Bahagian 1 - Munakahat - Li'an

KEMUSYKILAN TERUNGKAI ANDA BERTANYA ISLAM MENJAWAB by PROF. DR. MUTAWALLI ASY SYA'RAWI

1.Sumpah Li'an

" Apakah maksud sumpah li'an dalam syariat islam "

Jawapan :

-Apabila seseorang suami menuduh isterinya melakukan zina,tetapi tidak dapat membuktikan atau tidak ada saksi, Islam mensyariatkan keduanya dengan sumpah li'an. Caranya, suami bersumpah mengucapkan "Waallahi, demi Allah SWT" diikuti dengan melafazkan tuduhannya. Ucapannya itu diulang sehingga 4 kali. Pada lafaz ke 5, dia hendaklah menyatakan bahawa dia mengutuk dirinya jika apa yang disebutkan sebelumnya adalah dusta.

Isteri juga mengucapkan yang serupa. Jika isterinya menolak, bererti betul tuduhannya bahawa dia melakukan zina. Tetapi, jika dia menolak melakukan sumpah itu, jatuhlah cerai abadi dan keduanya tidak boleh rujuk kembali sehingga mati.

Sungguh berat risiko seorang suami menuduh isterinya berzina, berbanding seorang isteri menuduh suaminya. Ini kerana jika isteri berzina, urusannya berkaitan dengan bayi yang akan dilahirkan dan percampuran keturunan yang menimbulkan keraguan.



Waallahu a'lam
#Cinta Ilmu Demi Pembangunan Islam dan Cinta Ilahi..Insyaa Allah..:)

No comments:

Post a Comment