KEMUSYKILAN TERUNGKAI ANDA BERTANYA ISLAM MENJAWAB by PROF. DR. MUTAWALLI ASY SYA'RAWI
6. Pernikahan Dengan Keluarga Terdekat
Pertanyaan : " Jika kita berkahwin, sebaiknya dengan keluarga terdekat atau dengan wanita lain(bukan keluarga sendiri) ? "
Jawapan :
Rasulullah SAW menasihati kita agar berkahwin dengan wanita yang bukan keluarga terdekat.
Baginda bersabda, " Kahwinlah dengan keluarga jauh, agar tidak lemah."
Isteri dari keluarga terdekat dapat menghasilkan keturunan yang lemah. Tetapi jika dari keluarga jauh dapat menghasilkan keturunan yang lebih kuat. Dalam percubaan terhadap tumbuh-tumbuhan, ilmu pengetahuan moden berpendapat bahawa penyilangan dua jenis benih berbeza memberikan hasil yang lebib baik(unggul). Untuk mendapat keturunan yang kuat, agama melarang menikahi saudara dekat iaitu ibu, kakak, anak, atau anak saudara.
Banyak kita lihat, pernikahan dengan keluarga dekat mengakibatkan hal-hal yang negatif dari kedua orang tua dapat terkumpul pada anak-anaknya. Sebaliknya, perkahwinan dengan keluarga jauh yang menurun kepada anak justeru hal positif tersebut adalah; sifat-sifat baik, kecerdasan ,kekuatan mental, dan fizikal.
Waallahu a'lam..
#Cinta Ilmu Demi Pembangunan Islam dan Cinta Ilahi
#Moga bermanfaat
Insyaa Allah..^_^
No comments:
Post a Comment