3. Gadis minta nikah
Pertanyaan : " Bagaimana cara yang sepatutnya jika seorang gadis ingin mengutarakan hasratnya untuk bernikah kepada orang tuanya?
Jawapan :
Contoh, ketika Nabi Musa AS menolong dua orang anak gadis dengan memberi minum kepada ternakan mereka. Setelah itu Musa kembali berteduh di bawah sebatang pohon, sedangkan kedua-dua gadis itu pulang.
Beberapa lama kemudian salah seorang dari gadis tadi berjalan mendatangi Musa dengan wajah menunduk penuh rasa malu seraya berkata,"Bapaku memanggil anda untuk membalas kebaikanmu yang telah memberi minum ternakan kami."
Musa memenuhi undangan itu dan bertemulah dia dengan bapa si gadis yang bernama Syuaib. Dihadapan bapanya dan Musa, si gadis berkata,"Wahai bapaku, ambillah dia sebagai orang yang bekerja dengan kita kerana sesungguhnya orang yang paling baik untuk bekerja denapa kita ialah orang yang kuat lagi dapat dipercaya."
Mendengar ucapan anak gadisnya, Syuaib faham apa maksudnya. Ayah yang bijak itu langsung berkata kepada Musa, "Sesungguhnya aku bermaksud menikahkan kamu dengan salah seorang dari kedua anakku ini, dengan syarat bahawa kamu bekerja denganku selama 8 tahun."
Dalam hal ini, gadis atau janda mempunyai hak untuk menerima dan menolak calon suami yang dicadangkan kepadanya, seperti yang dikisahkan oleh Aisyah R.Hu,
" Seorang wanita datang kepada Rasulullah SAW dan mengeluh bahawa ayahnya akan menikahkannya dengan anak bapa saudaranya tanpa persetujuannya. Kemudian Rasulullah SAW menyuruhnya memilih sama ada menerima, atau menolak. Mendengar tawaran dari Rasulullah SAW itu, wanita itu berkata," Ya Rasulullah, tidak mengapa saya menuruti dan menyetujui keinginan ayahku, saya hanya ingin memberi tahu kepada kaumku bahawa orang tua tidak berhak memaksa anak-anak gadisnya."
Waallahu a'lam
#Cinta Ilmu Demi Pembangunan Islam dan Cinta Ilahi
#Moga bermanfaat..^_^
No comments:
Post a Comment