Wednesday, 24 June 2015

Bahagian 1 - Munakahat - Nusyuz

KEMUSYKILAN TERUNGKAI ANDA BERTANYA ISLAM MENJAWAB by PROF. DR. MUTAWALLI ASY SYA'RAWI

2. Nusyuz

Pertanyaan : " Apakah erti nusyuz ? "

Jawapan :

- Nusyuz ialah meninggalkan kewajiban sebagai suami isteri, Nusyuz dari pihak suami seperti bersikap kasar dan keras terhadap isteri, tidak mahu menggaulinya dan tidak memberikan hak-haknya. Nusyuz dari pihak isteri misalnya meninggalkan rumah tanpa izin suami.

Allah SWT berfirman :


وَاللَّاتِي تَخَافُونَ نُشُوزَهُنَّ فَعِظُوهُنَّ وَاهْجُرُوهُنَّ فِي الْمَضَاجِعِ وَاضْرِبُوهُنَّ ۖ فَإِنْ أَطَعْنَكُمْ فَلَا تَبْغُوا عَلَيْهِنَّ

" Wanita-wanita yang kamu khuatirkan nusyuznya, nasihatilah mereka d
an pisahkanlah diri dari tempat tidur mereka, dan pukullah mereka, Kemudian jika mereka mentaatimu, janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkannya. "   
(Surah An-Nisaa' : ayat 34)

Tindakan di atas sekadar memberi pengajaran. Jika terpaksa memukul hendaklah pukul dengan ringan yang tidak meninggalkan bekas. Apabila cara pertama (nasihat) telah ada manfaatnya, jangan digunakan cara lain yang boleh menyusahkan isteri.
Firman Allah SWT :


وَإِنِ امْرَأَةٌ خَافَتْ مِن بَعْلِهَا نُشُوزًا أَوْ إِعْرَاضًا فَلَا جُنَاحَ عَلَيْهِمَا أَن يُصْلِحَا بَيْنَهُمَا صُلْحًا



" Dan jika seorang wanita khuatir akan nusyuz atau sikap tidak acuh dari suaminya, tidak mengapa bagi keduanya mengadakan perdamaian yang sebenarnya."
(Surah An-Nisaa' : ayat 128)

Suami yang pada mulanya baik dan waras, tiba-tiba terkena gangguan jiwa sehigga sering marah-marah, memukul isteri dan berbuat hal-hal yang aneh, yang membuat kehidupan rumah tangga seperti di neraka. Bolehkah si isteri meninggalkan suaminya dan meminta cerai?
Boleh, si isteri boleh mengajukan penceraiannya kepada pejabat agama. Tetapi sampai hatinya yang isteri meninggalkan suaminya yang sedang sakit mental dan jiwanya serta perlukan rawatan

Waallahu a'lam..
#Cinta Ilmu Demi Pembangunan Islam dan Cinta Ilahi..
#Moga memberi manfaat..

No comments:

Post a Comment