KEMUSYKILAN TERUNGKAI ANDA BERTANYA ISLAM MENJAWAB by PROF. DR. MUTAWALLI ASY SYA'RAWI
4. Tergoda lelaki lain
Pertanyaan : " Saya menikah dengan pemuda soleh yang mencintai saya. Tetapi hati,saya belum puas terutama bila saya membandingkannya dengan lelaki lain. Saya seringkali bingung dan merendahkan diri sendiri. Apakah jalan keluarnya? "
Jawapan :
Anda sudah cukup terseksa dengan merasa diri selalu terhina dan rendah. Dan anda telah menghukum diri sendiri dengan perilaku yang salah, sehingga anda memerlukan bantuan orang lain untuk menjatuhkan hukuman atas diri anda sendiri.
Masalah yang anda hadapi bukan sekadar keburukan dari segi agama sahaja. Orang yang tidak beragama sekalipun apabila berbuat seperti anda, telah tergolong berbuat buruk. Ketahuilah bahawa cinta itu bersifat nisbah dan subjektif. Anda seharusnya dapat membezakan antara cinta dengan penghargaan atau penghormatan.
Jika hati anda dingin tanpa cinta terhadap suami, setidak-tidaknya anda harus menghargai dan menghormati ikatan(akad) nikah yang telah menghalalkan anda baginya. Apabila anda tidak mampu melakukannya, demi keyakinan dan keimanan yang anda miliki, sebaiknya minta kepadanya untuk menceraikan anda. Ini lebih baik daripada hidup bersamanya tanpa perasaan dan kasih sayang.
Waallahu a'lam
#Cinta Ilmu Demi Pembangunan Islam dan Cinta Ilahi..^_^
#Moga bermanfaat..:)
No comments:
Post a Comment